top of page

GPPF beri ruang penggiat seni berkarya tanpa sentuh sensitiviti masyarakat



Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) baharu diperkenalkan pada Isnin akan memastikan penghasilan karya lebih berkualiti tanpa menyentuh sensitif melibatkan masyarakat Malaysia.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, GPPF telah melalui penambahbaikan dengan menggariskan tiga teras utama iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya.


Ia jelasnya untuk memastikan perkara disepakati dalam Perlembagaan meliputi soal agama Islam sebagai agama Persekutuan, peranan institusi raja dan bahasa tidak dipertikai dalam kandungan filem.


"Tujuan garis panduan baharu ini dibuat supaya ia lebih jelas daripada aspek keseragaman dan tidak boleh ada dwi standard.


"Hasrat sebenar Lembaga Penapis Filem (LPF) adalah meminimakan arahan penggubahan agar tidak jejas nilai estetika sesebuah karya," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya melancarkan garis panduan baharu itu dalam satu majlis di Putrajaya.


Mengulas lanjut Saifuddin menegaskan garis panduan baharu itu bukan dibuat melalui keputusan unilateral sebaliknya dihasilkan dengan mengambil kira pandangan pemegang taruh.


Berdasarkan buku Garis Panduan Penapisan Filem baharu yang diedarkan, kandungan filem hendaklah tidak menyemarakkan isu perkauman, ketegangan politik dan kesalahfahaman terhadap agama.


Selain itu, kandungan filem hendaklah tidak menyentuh gaya hidup liar, tidak berpedoman, songsang dan bertentangan dengan budaya yang boleh merosakkan nilai murni masyarakat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page