top of page

Gotong royong menjelang Tahun Baharu Cina Parlimen Wangsa Maju erat perpaduan



Menjelang tibanya sambutan Tahun Baharu Cina dalam tempoh dua minggu lagi, masyarakat Cina setempat telah mula membuat persiapan untuk menyambut perayaan berkenaan.


Salah satu persiapan yang menjadi kelaziman kaum Cina lakukan sebelum menyambut Tahun Baru adalah ‘spring cleaning’ atau pembersihan rumah besar-besaran.


Dalam Bahasa Cina, ia dipanggil 大扫除, secara simboliknya yang bermaksud menyingkirkan segala kekotoran untuk mewujudkan satu pemulaan tahun yang baru.


Sehubungan itu, pasukan Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju semalam menganjurkan ‘spring cleaning’ untuk penduduk di Blok G, Seksyen 2.


Aktiviti seharian ini dibuat bersama agensi kerajaan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Alam Flora Berhad dengan kerjasama yang baik daripada pihak pengurusan bangunan.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai, gotong royong ini mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat.


"Memandangkan kebanyakan penduduk berada dalam kategori B40, pihak pengurusan tidak mampu untuk mendapatkan khidmat naik taraf yang baik.


"Oleh itu, kami membuat permohonan kepada pihak DBKL untuk turut serta dalam aktiviti gotong-royong sehari suntuk ini.


"Seksyen 2 merupakan kawasan perumahan yang mempunyai populasi masyarakat Cina yang tinggi, maka aktiviti ini juga telah menjadi ‘spring cleaning’ yang amat bermakna," kata Andre.


Salah seorang penduduk yang ditemui berkata, ini adalah ibarat ‘spring cleaning’ untuk rumahnya.


"Selama berpuluh tahun saya menetap di Seksyen 2, ini adalah kali pertama kami membuat pembersihan secara gotong royong. Semangat muhibbah dan kemeriahan perayaan kita dirasai bersama," kata En Shek.


Gotong royong mengeratkan hubungan antara kaum

Goyong royong pagi ini berjaya membersihkan kawasan semak samun, menggali longkang tersumbat dan membersih pokok-pokok berisiko mengganggu persekitaran dan keselamatan penduduk.


Menurut Pengerusi Perbadanan Teratai yang menjaga Blok G di Seksyen 2, En Yusof gotong royong tersebut boleh menyemai semangat kerjasama sesama komuniti


"Terima kasih saya ucapakan kepada Datin Paduka (Dr Tan Yee Kew) dan En Lai atas bantuan berterusan untuk komuniti kami. Saya harap gotong royong ini menjadi satu aktiviti yang diteruskan dari masa ke semasa," katanya.


Pada hari yang sama, Pegawai Khas Parlimen Wangsa Maju, Andre Lai juga mengadakan kunjungan ke pasar serta kawasan komersil di Seksyen 2 dan Teratai Mewah untuk membuat pengedaran ‘couplet’ 福 yang membawa maksud berkat rahmat.


Pengedaran kertas hiasan amat popular kerana penerima secara simboliknya menerima ‘berkat rahmat’ dan merupakan program rasmi pertama jelajah Tahun Baru Cina KEADILAN Wangsa Maju.


Dalam masa dua minggu, beliau berkata akan menjelajah ke seluruh kawasan Wangsa Maju untuk meneruskan program tersebut dan pengedaran limau kepada penduduk setempat.


Beliau juga bercadang untuk menjalankan program yang sama di parlimen lain dalam Wilayah Persekutuan atas kapasiti Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page