![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_26ba3337b61a4bb98ea0835485f9a3f9~mv2.jpeg/v1/fill/w_660,h_450,al_c,q_80,enc_avif,quality_auto/4449e2_26ba3337b61a4bb98ea0835485f9a3f9~mv2.jpeg)
Goyong Royong yang dianjurkan Pusat Khidmat Jawatankuasa Penduduk (JKP) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Zon 7 bersama Persatuan Penduduk Flat PKNS 4M dan Team Selangor (Perantis) baru baru ini telah mencapai objektif serampang dua mata.
Ahli Majlis MPAJ Zon 7, Mohd Shahffeq Eqhwan Shahrom berkata, gotong royong itu selain berjaya membersihkan kawasan persekitaran juga telah dapat mengeratkan hubungan penduduk di kawasan tersebut.
"Flat PKNS 4M dan sekitarnya merupakan taman perumahan berdekatan dengan bandaraya Kuala Lumpur, yang mana rata-rata anak muda kurang berminat menyertai aktiviti seperti gotong-royong ini.
"Namun aktiviti kali ini telah disertai semua lapisan umur dan pelbagai kaum, juga disertai seisi keluarga
"Gotong royong ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara jiran tetangga, wakil penduduk (ahli majlis), ADUN dan Ahli Parlimen tetapi juga berperanan penting dalam memastikan kebersihan persekitaran terjaga dan mencegah penularan penyakit seperti denggi," katanya dalam satu kenyataan.
![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_bee2bc04c24e474eaed56d948921e646~mv2.jpg/v1/fill/w_660,h_439,al_c,q_80,enc_avif,quality_auto/4449e2_bee2bc04c24e474eaed56d948921e646~mv2.jpg)
Menurut Shahffeq lagi, aktiviti seperti itu penting untuk diteruskan pada masa akan datang bagi membina komuniti yang kukuh dan bersatu padu serta memupuk semangat kekitaan dalam kalangan penduduk.
Katanya, dengan saling mengenali dan memahami penduduk dapat mewujudkan suasana harmoni dan saling menyokong dalam komuniti sambil mengekalkan kebersihan persekitaran.
Gotong royong ini juga turut mendapat sokongan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dan Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin.
Comments