top of page

Golongan menengah Bumiputera diseru terlibat dalam bidang perniagaan



Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyeru golongan menengah Bumiputera untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan sekaligus beralih daripada kerjaya makan gaji.


Jelasnya, penglibatan lebih ramai golongan Bumiputera yang merupakan kumpulan terbesar di negara ini dalam perniagaan akan membantu pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara.


Bagaimanapun menurutnya, usaha berkenaan memerlukan anjakan bersama, melalui peranan kerajaan dan agensi-agensi dalam menyediakan ekosistem bagi mengimbangi risiko-risiko tersebut dengan potensi yang boleh diteroka.


"Saya bercita-cita untuk mengubah model kejayaan masyarakat, bermula dengan kelas menengah Bumiputera supaya bakat-bakat masa depan negara tahu bahawa mencipta nilai melalui syarikat sendiri adalah sama besar sumbangan dan kejayaannya dengan menjadi CEO yang makan gaji di syarikat besar," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.


Mengulas mengenai perkara itu, Rafizi memaklumkan tiga agensi di bawah Kementeriannya diberi amanah untuk menjaga ekosistem perniagaan iaitu Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas).


Tambahnya, tanggungjawab Yayasan Peneraju untuk membina bank bakat profesional Bumiputera dan Teraju menggalas cabaran menghasilkan syarikat kecil dan sederhana yang boleh bersaing untuk diskalakan.


"Bagi Ekuinas pula akan bertanggungjawab untuk melonjakkan syarikat separa besar Bumiputera yang berpotensi disenaraikan di pasaran saham.


"Agensi ini diselaraskan untuk membina satu laluan yang sistematik bagi membolehkan negara menskalakan penyertaan dan pembangunan syarikat Bumiputera berpotensi tinggi," jelasnya lagi.


Rafizi sementara itu turut memaklumkan bahawa tiga agensi berkenaan akan mengumumkan program khusus yang dibuka kepada bakat niagawan Bumiputera pada 20 Mei nanti.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page