top of page

Global South: Peluang kemakmuran baharu pertumbuhan ekonomi



Di samping jadual padat lawatan menemui pemimpin utama India, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melepaskan peluang menyampaikan syarahan umum bertajuk 'Towards a Rising Global South: Leveraging Malaysia-India Ties’ di Sapru House Indian Council of World Affairs (ICWA) di New Delhi.


Dalam syarahan itu beliau menyinggung sasaran Malaysia untuk mempelbagaikan usaha diplomasi ekonominya menerusi penyertaan dalam pakatan ekonomi seperti BRICS selain meningkatkan kerjasama melalui inisiatif bersama dan perkongsian strategik.


"Penyertaan dalam BRICS tidak hanya mengukuhkan hubungan ekonomi (Malaysia) dengan India, namun turut membuka ruang kerjasama luas merentasi spektrum industri dan dasar," kata Anwar di Facebook.


Selain itu, beliau juga membicarakan mengenai Global South, satu rangka kerjasama negara negara selatan yang melibatkan banyak negara membangun yang kian berkembang.


"Naratif ini mewakili satu suara yang tidak lagi boleh diabaikan dalam kemunculan aturan antarabangsa dan pada hemat saya, ia adalah perkara yang tidak dapat dielakkan.


"Sebagai pemacu utama kemakmuran global, Global South kini merangkumi kira-kira 40% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia dan 85% daripada populasi global


"Menjelang 2030, tiga daripada empat ekonomi terbesar dunia dijangka datang dari Global South dan antaranya ialah India," katanya.


Anwar dalam pada itu turut membangkitkan soal kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun hadapan dan beliau memberi jaminan Malaysia akan bekerjasama rapat dengan India serta Rakan Dialog yang lain.


"Saya percaya selaku Rakan Dialog ASEAN, India akan terus memainkan peranan penting dalam memupuk pertumbuhan ekonomi, kerjasama keselamatan, dan pertukaran budaya di seluruh rantau ini.


"Malaysia juga merancang untuk meningkatkan penglibatan antara ASEAN dan Bay of Bengal Initiative for Multi-Sectoral Technical and Economic Cooperation (BIMSTEC)," katanya lagi.


*Kredit foto: SADIQ ASYRAF/PMO

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page