top of page

GISBH: Tahanan ramai, asas kerajaan guna SOSMA lengkap siasatan



Langkah kerajaan menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam siasatan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) susulan ia melibatkan jenayah serius.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sesi Penerangan Menteri mengenai isu GISBH di Dewan Rakyat pada Selasa berkata, kes itu yang membabitkan jumlah tahanan dalam jumlah ramai memerlukan akta tersebut diguna pakai bagi melengkapkan siasatan.


"Kita menggunakan kaedah biasa namun saiz tangkapan begitu ramai. Kita akan minta reman, kemudian mahkamah akan memberikan tujuh hari, kita belum selesai, kita minta tambahan, mahkamah beri tujuh hari, ada yang beri lima hari, kita minta tambahan lagi, ada mahkamah bagi tiga hari dan ini tidak sempat habis kerana jumlah yang ramai.


"Jadi ia sesuai untuk kita gunakan Seksyen 130V Kanun Keseksaan bagi membolehkan selepas tamat tempoh reman, kita guna pakai SOSMA," katanya dipetik.


Terdahulu beberapa Ahli Parlimen mempersoalkan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan ahli kumpulan GISBH di bawah akta tersebut.


Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) antaranya menyifatkan tindakan seumpama itu tidak cermat berikutan kumpulan itu bukan sebuah pertubuhan yang dikaitkan dengan elemen keganasan.


Sebagai rekod, empat negeri iaitu Perlis, Selangor, Pahang dan Melaka sudah memfatwakan GISBH sebagai sesat kerana terdapat amalan persamaan dengan ajaran Al-Arqam yang difatwakan haram pada era 1990-an.

Sementara itu di Dewan Rakyat Saifuddin turut mendedahkan siasatan pihak berkuasa mendapati kepercayaan Aurad Muhammadiah yang diwarisi sejak era Al-Arqam dulu masih diamalkan ahli dan pengikut GISBH.


Maklumat itu diperoleh hasil pengakuan individu yang ditahan pihak berkuasa.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page