top of page

GISBH: 'Siasat, ambil tindakan, tidak kompromi jika lakukan kesalahan'



Oleh: Abdullah Zaid


Gesaan Perdana Menteri kelmarin supaya siasatan dan tindakan segera diambil berhubung kes Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) disambut baik.


Pengarah Biro Aduan dan Kemasyarakatan KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail berkata kes itu sewajarnya diberi penelitian khusus ekoran terkait dengan soal agama Islam dan akidah selain wujud unsur jenayah.


Katanya, sekiranya isu berkenaan tidak diberi perhatian dibimbangi pandangan masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam akan serong.


"Gesaan Perdana Menteri yang mahu kes ini disiasat dengan segera dan tindakan diambil adalah satu langkah yang baik.


"Ia memperlihatkan bahawa kerajaan tidak berkompromi dengan sesiapa sahaja yang menggunakan agama demi kelangsungan hidup mereka sendiri. Fahaman dan budaya pemimpin dan jumud harus dinoktahkan," katanya ketika dihubungi.


Terdahulu, GISBH disyaki terlibat dengan kes eksploitasi kanak-kanak selepas 20 rumah amal kendalian mereka di Selangor dan Negeri Sembilan diserbu polis menerusi gerakan Op Global minggu lalu.


Dalam serbuan terbabit, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia satu hingga 17 tahun, selain menahan 171 individu yang mengendalikan premis yang diserbu untuk siasatan lanjut.


Pihak polis mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain berdasarkan maklumat serta risikan yang dijalankan setakat ini.


Mengulas lanjut, Aishah menggesa, agar hukuman setimpal dijatuhkan kepada pelaku sekiranya kontroversi membabitkan kumpulan berkenaan adalah benar.


Tegasnya, tindakan itu perlu diambil memandangkan doktrin yang dibawa oleh kelompok berkenaan juga bertentangan dengan ajaran sebenar Islam.


"Kita perlu tekankan bahawa apa yang dibuat oleh kelompok itu langsung tidak berpaksi kepada ajaran Islam.


"Ia jelas dipesongkan oleh mereka yang merasa seronok mengikut hawa nafsu dalam konteks yang diagung-agungkan oleh pengikut mereka sendiri," katanya lagi.


Untuk rekod, GISBH didakwa merupakan serpihan kumpulan al Arqam yang diasaskan oleh Allahyarham Ashaari Muhammad lebih 40 tahun lalu.


Ajaran al-Arqam diisytihar haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994 dan pengasasnya pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri serta dipulihkan akidah oleh JAKIM.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page