top of page

GISBH: Rakyat Perlu Bersatu Tentang Kesesatan



Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil


ULASAN: Masyarakat hari ini digemparkan berkenaan dakwaan sebuah kumpulan yang didakwa terbabit dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaksuban. Kumpulan berkenaan dikenali sebagai Global Ikhwan Services & Business Berhad Holdings (GISBH).


Kumpulan tersebut dikenal pasti bergerak aktif di negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Pihak berkuasa telah bertindak menggunakan pendedahan yang telah dibuat oleh Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) Malaysia untuk menutup dan membekukan beberapa aset milik GISBH (rumah amal, akaun bank).


Sesuatu yang mengejutkan adalah dakwaan bahawa siasatan terhadap kumpulan tersebut telah dilakukan semenjak tahun 2011, namun tindakan tegas hanya dilakukan menjelang tahun 2024 apabila Kerajaan Madani mengambil alih pemerintahan.


Kekecewaan Sultan Selangor


Keadaan ini telah membangkitkan perasaan kesal dan kecewa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana kegiatan GISBH telah dibiarkan berlanjutan dalam tempoh lama dan tiada tindakan berkesan diambil bagi menangani perkara itu terutama di Negeri Selangor.


Pendirian Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak berkompromi dengan pendedahan tersebut dengan menegaskan soal akidah, salah guna kuasa dan agama serta penderaan kanak-kanak merupakan perkara serius yang perlu ditangani segera.


Namun di sebalik ketegasan Kerajaan Madani menangani kegiatan eksploitasi agama oleh GISBH, terdapat kenyataan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengangkat sisi positif GISBH berhubung jaringan perniagaannya yang luas perlu dipelihara dan dilindungi.


Malah Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man cuba mempertahankan GISBH dengan menyatakan bahawa kritikan dan tindakan terhadap GISBH perlu dihentikan sehinggalah pihak mahkamah membuat keputusan.


Fatwa Perlis haramkan ajaran GISBH


Sesungguhnya siasatan berkenaan eksploitasi agama oleh GISBH telah dibentangkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. Pihak berkuasa mengesahkan bahawa seramai 384 kanak-kanak dan remaja selesai menjalani saringan kesihatan dan hasil saringan itu mendapati terdapat ciri-ciri pengabaian dan penganiayaan.


Malah Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISBH mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah, GISBH telah mengkultuskan pemimpin mereka sehingga disamakan kedudukan dengan Rasulullah SAW. Maulana Fakhrurrazi selaku Musyrif Pusat Pendidikan Darul Quran Wal Hadith, Kuala Kangsar menyatakan walaupun GISBH tidak dianggap kafir, namun kesesatan yang mereka anuti membolehkan kumpulan tersebut diboikot dari segi sosial dan ekonomi supaya kesesatan mereka tidak memberi kesan kepada masyarakat umum.


Bersatu tentang kesesatan


Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan ideologi politik dalam isu ini perlu bersatu untuk menentang kesesatan yang di bawa oleh kumpulan yang mengeksploitasi agama. Tidak seharusnya kumpulan yang difatwakan sesat ini dipertahankan hanya kerana mereka mempunyai jumlah pengikut yang ramai dan dana yang banyak.


Tiada gunanya jika manfaat politik dan dana diperolehi dari GISBH tetapi kegiatan tidak bermoral yang mereka amalkan tidak dibendung dan menular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Seharusnya pertimbangan neraca syariat dan akhlak Islam diletakkan lebih tinggi berbanding meneguk manfaat dunia yang sementara.


Tahniah juga diucapkan kepada kepekaan Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjalankan siasatan terhadap aktiviti GISB, hasilnya JAIS mengemukakan kes ke Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor bagi mengheret pesalah yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.


_____________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page