top of page

GISBH: Proses pemulihan kanak-kanak berjalan lancar - JAIS



Program pemulihan dilaksana Kerajaan Selangor kepada kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISB Holdings (GISBH) berjalan lancar.


Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Dato Mohd Shahzihan Ahmad dipetik laporan Selangorkini memberitahu kanak-kanak terbabit mengikuti modul bersesuaian dengan keperluan mereka seperti ditetapkan pasukan khas pemulihan khusus yang ditubuhkan.


"Kita utamakan pengisian anak-anak ini. Sebelum itu kita dekati mereka dan melihat dari semua aspek supaya modul mengikuti perkembangan semasa.


"Hasil dapatan kita selepas berbual, menemuramah mereka, kita sesuaikan. Kita mahu modul ini bersesuaian dengan apa mereka perlukan," katanya.


Kerajaan Selangor menubuhkan pasukan khas tersebut berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 2 Oktober lepas.


Exco Agama Islam, Dr Mohammad Fahmi Ngah dan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari dalam kenyataan bersama sebelum ini memaklumkan pasukan khas tersebut dianggotai wakil Majlis Agama Islam Selangor, polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Turut terlibat Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Lembaga Zakat Selangor, Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Yayasan Selgate.


Fokus pasukan itu bukan hanya pada isu-isu akidah tetapi juga kebajikan, isu kesihatan dan perkembangan mental-fizikal untuk memastikan kanak-kanak ini dapat dipulihkan dan diintegrasikan semula ke dalam masyarakat.

Sementara itu Mohd Shahzihan ketika mengulas isu berkaitan status akidah kanak-kanak berkenaan, beliau berkata perkara itu hanya boleh diputuskan pihak mahkamah.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page