top of page

GISBH: Perkembangan pembelajaran kanak-kanak diselamatkan sangat baik



Kanak-kanak diselamatkan dari rumah amal GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan telah diberikan pendidikan formal di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan perkembangan baik.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, lebih 300 anak-anak itu yang memulakan sesi pembelajaran sejak 1 Oktober lalu mengikuti modul-modul khas yang ditetapkan KPM .


"Kita dah mulakan kelas pada 1 Oktober yang lalu. Saya, Ketua Pengarah dan Ketua Setiausaha Kementerian telah pun melakukan lawatan di tempat-tempat anak-anak tersebut ditempatkan.


"Alhamdulillah kita melihat perkembangan pendidikan mereka sangat baik, mereka sedang mengikuti pendidikan dan bersama dengan kaunselor-kaunselor kita melakukan semua proses pembelajaran serta modul-modul yang kita gunakan untuk memastikan mereka dapat mengikuti pendidikan secara langsung dan secara formal melalui modul ataupun pembelajaran oleh KPM," katanya dipetik.


Fadhlina sebelumnya hadir merasmikan Majlis Penutup Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia kali ke-62 di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Khamis.


Persidangan bertemakan ‘Pendidikan Manusiawi Memacu Pendidikan Negara Madani’ itu di dihadiri 674 pengetua seluruh negara.


Awal September lalu, pihak berkuasa polis menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISB kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.


KPM dalam kenyataannya minggu lalu berkata, pihaknya menggunakan modul Program Transisi Tahun 1 dan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) kepada anak-anak terbabit.


Inisiatif itu bertujuan untuk mengelakkan keciciran dalam kumpulan kanak-kanak itu selain memastikan mereka bersedia untuk diserap kembali ke sistem pendidikan kebangsaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page