top of page

GISBH: KPM sedia modul khusus untuk kanak-kanak terbabit



Oleh: Azuan Ab Rahman


Program pendidikan untuk kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) telah bermula sejak Selasa lalu.


Kementerian Pendidikan (KPM) melalui satu kenyataan berkata, pihaknya merangka program khusus demi memastikan kanak-kanak berkenaan menerima akses pendidikan sekaligus mengelak berlaku keciciran pembelajaran.


"Bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk kanak-kanak yang tidak pernah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan, program ini menggunakan Kit Program Transisi Tahun 1 dan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA)," kata kenyataan itu.


Menurut KPM, seramai 68 orang guru terlibat secara langsung dalam program yang dilaksana dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Program khusus itu menekankan aspek sosioekonomi, kognitif dan fizikal kanak-kanak bagi membina keyakinan diri.


Ia juga turut menerapkan elemen yang dapat meningkatkan kesedaran potensi diri serta memupuk keseimbangan kanak-kanak ini dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek (JERSI) sebagai persediaan untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran secara positif dan baharu.


"Selaras dengan agenda Pendidikan Manusiawi, KPM komited memastikan kanak-kanak terlibat mendapat peluang pendidikan terbaik dan tiada yang terpinggir," tambahnya.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebelum ini berkata, kementeriannya akan mengambil alih aspek pendidikan ke atas sekurang-kurangnya 300 anak pengikut GISBH yang kini ditempatkan di rumah perlindungan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page