top of page

GISBH: Fauwas Fadzil ketuai jawatankuasa pemulihan akidah



Kerajaan Madani melantik Ahmad Fauwaz Fadzil untuk mengetuai enam pakar akidah dalam jawatankuasa khas bagi membentuk modul silibus pendidikan pemulihan akidah anak-anak ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH)


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, pemilihan Ahmad Fauwaz kerana beliau mempunyai kepakaran dalam fiqah perundangan Islam selain terlibat dalam banyak jawatankuasa syariah institusi kewangan dan badan bukan kerajaan di negara ini.


"JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) memang ada modul pemulihan akidah termasuk untuk pengikut-pengikut Al-Arqam ... cuma sukatan pelajaran dan modulnya untuk golongan dewasa.


"Jadi kita belum ada lagi sukatan pelajaran modul khusus untuk anak anak, jadi saya telah amanahkan Ustaz Fauwaz dan lima anggota yang juga pakar akidah untuk membangunkan sukatan pelajaran berkenaan supaya kita dapat memulihkan akidah pengikut dewasa serta anak-anak," katanya dipetik.


Mohd Na'im berkata begitu kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmiaan World Quran Symposium 2024 sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-64 1446H/2024M, di Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebagai rekod, Ahmad Fauwaz 43, merupakan anak kepada bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan kini adalah Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page