top of page

GIP sedia lepas pegangan dalam tempoh singkat - Amir hamzah



Pemilihan Global Insfrastructure Partners (GIP) untuk meningkatkan pegangan saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dibuat berdasarkan beberapa perkara ketat yang dipertimbangkan.


Menurut Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, salah satu kriteria yang diambil kira adalah kesediaan GIP untuk melepaskan sahamnya dalam tempoh singkat dan kesediaan syarikat itu menerima warganegara Malaysia sebagai Pengerusi dan Pengarah Urusan MAHB.


"Seperti saya sebutkan tadi, pendirian kita tegas dalam mempertahankan kepentingan pegangan dalam aset strategik negara. Dalam hal ini hanya GIP dilihat menepati syarat ditetapkan iaitu sedia untuk melabur," katanya dalam sesi kamar khas pada sidang Dewan Rakyat hari ini.


Amir juga, lapor Bernama, yakin dengan kepakaran, kejayaan dan pengalaman GIP dalam meningkatkan tahap kecekapan di lapangan terbang dan hal itu sangat penting untuk lapangan terbang di negara ini bersaing dengan negara jiran.


Mengenai kebimbangan syarikat Israel akan dibenar beroperasi di Malaysia, Amir berkata Kerajaan Madani tegas menolak sebarang operasi syarikat berpangkalan Israel.


Katanya hal itu terbukti apabila syarikat perkapalan ZIM milik Israel telah disekat daripada berlabuh di perairan Malaysia sejak Disember 2023.


"Walaupun kita tidak menghalang mana-mana syarikat untuk melabur di negara kita, tetapi tidak untuk syarikat milik Israel," katanya pada sesi penerangan Kamar Khas Dewan Rakyat berkenaan.


GIP yang didakwa pembangkang sebagai alat syarikat pengurus dana pro Israel BlackRock.Inc untuk beroperasi di Malaysia ditepis oleh kenyataan GIP sebelum ini yang menegaskan BlackRock tidak terbabit dalam pengurusan meskipun mengambilalih GIP pada September ini.


BlackRock hanya menyediakan modal dan bukan campurtangan dalam pengurusan syarikat apatah lagi pegangan GIP bersama

Abu Dhabi Investment Authority dalam MAHB hanya 30%.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page