top of page

Ginie Lim sanggah Azmin, tetap komited dengan perjuangan PH


Bekas ADUN Machap Jaya, Ginie Lim menyanggah kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali yang mendakwa beliau digugurkan kerana menyokong bekas pemimpin KEADILAN itu.


Beliau sebaliknya menyifatkan Perikatan Nasional (PN) sudah kehabisan modal politik dan wajib ditolak apabila cuba mengalihkan fokus daripada isu rakyat.


"Kesetiaan seorang aktivis Reformis adalah pada prinsip perjuangan parti, bukan kepada individu.


"Saya menolak dengan tegasnya tindakan Langkah Sheraton kerana bersekongkol dengan kuasa kleptokrat dan perasuah yang telahpun ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum," katanya.


Katanya, meskipun Azmin pernah menjadi Timbalan Presiden KEADILAN, beliau sedih melihat seorang yang kononnya memperjuangkan politik pelbagai kaum dan melawan rasuah lebih 20 tahun tetapi akhirnya terpaksa tunduk kepada acuan parti perkauman dan perasuah.


"Walaupun saya tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Melaka kali ini, saya tetap komited dengan agenda perjuangan Pakatan Harapan, serta menyumbangkan tenaga dan idea dalam politik tanahair di bawah pimpinan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Saya meminta agar semua pengundi Melaka mengambil pendirian yang tegas, demi kemajuan dan keharmonian negeri kesayangan kita. Tolong keluar mengundi pada 20 Nov untuk kembalikan pentadbiran kerajaan yang stabil dan prihatin.


"Pertahankan mandat rakyat sepertimana dalam Pilihan Raya Umum 2018. Itulah hasrat kita," katanya.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page