![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_3cda7da0318d4e51bb82399f45378570~mv2.jpg/v1/fill/w_702,h_438,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_3cda7da0318d4e51bb82399f45378570~mv2.jpg)
Pemimpin KEADILAN perlu lebih aktif menyantuni rakyat terutama di negeri dikuasai pembangkang.
Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Juwairiya Zulkifli berkata, terdapat negeri tertentu yang dikuasai pembangkang mula melihatkan arus perubahan sokongan.
Menurut beliau, golongan atas pagar amat perlu diyakinkan bahawa Pakatan Harapan adalah pilihan terbaik kerana gabungan politik itu menawarkan pemimpin yang lebih berwibawa untuk memerintah negeri mahupun negara.
"Di peringkat semua anggota, kepimpinan setiap peringkat harus terus bergiat aktif di akar umbi kerana pemimpin kita Datuk Seri Anwar bekerja keras membaik pulih imej kepimpinan negara, baik pulih ekonomi.
"Peranan kita di bawah beri keyakinan kepada rakyat, pengundi atas pagar bahawa PH-Kerajaan Perpaduan adalah koalisi terbaik untuk kestabilan politik.
"Di Terengganu saya dengar angin perubahan sudah mula dirasai," katanya ketika ditemui dalam program Kembali Ke Sekolah yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Mak Lagam, Kemaman, Terengganu kelmarin.
Menurut Juwairiya lagi, aktiviti membantu rakyat amat penting diadakan lebih kerap kerana ianya mampu merapatkan hubungan pimpinan KEADILAN dan rakyat biasa.
"Rakyat ingin perubahan maka sangat penting peringkat cabang (diadakan lebih banyak) gerakan aktiviti bantu rakyat.
"Walaupun kita (di negeri) pembangkang, kita tetap laksakan tugas bantu kerajaan. Kita kena rampas semula kerusi Kemaman ini," katanya lagi.
Comments