Gerakan Membangun Usahawan Madani: INSKEN lahirkan 'masyarakat usahawan'
- Redzuan Shamsudin
- 9 hours ago
- 2 min read

Gerakan Membangun Usahawan Madani (GEMA) yang dilancarkan pada 22 April lalu bakal menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat usahawan.
Menurut Pengerusi INSKEN, Mustaffa Kamil Ayub, GEMA merupakan iltizam dan inisiatif menyahut seruan Kerajaan MADANI dalam memperkasa Dasar Keusahawanan Negara (DKN 2030), Resolusi SLU KEB 2024, serta Pelan Tindakan Pembangunan Usahawan Kabinet.
"DKN 2030 pada asasnya mahu menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat usahawan.
"INSKEN merupakan penggerak utama kepada GEMA, seiring dengan moto INSKEN "Membangun Usahawan Madani"," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau Sepanjang 2025, INSKEN menampilkan Siri Seminar Usahawan Madani (SUM) serta menganjurkan kursus membabitkan Pengenalan Keusahawanan; Perniagaan Keluarga; Pembangunan Produk & Servis; E-invois, Asas Industri; dan Keusahawanan Sosial.
INSKEN juga, ujarnya, menampilkan program Bimbingan melalui INSKEN Bumiputra Business Coaching (IBBC) juga Program Alumni INSKEN yang menampilkan Anugerah Usahawan Madani INSKEN dengan permasyhuran 25 Usahawan Cemerlang Madani INSKEN.
Tambah Mustaffa, INSKEN turut menjayakan Bizlive Madani; Pusat Usahawan Madani (PUMA); Hari Terbuka INSKEN; INSKEN Fellowship; Global Madani Entrepreneurship Summit serta Global Linkages.
"Pada 2024 lalu, INSKEN telah melatih 13,000 usahawan melebihi sasaran 10,000.
"Manakala tahun 2025 INSKEN mensasarkan untuk membangunkan 25,000 usahawan.
"Dengan kolaborasi bersama10 agensi di bawah Kementerian Usahawan & Koperasi (KUSKOP) serta 56 agensi lagi dari pelbagai Kementerian dan Kerajaan Negeri maka GEMA mampu mensinergikan ekosistem membangun usahawan Madani yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju," katanya lagi.
Untuk rekod, GEMA yang berpusat di INSKEN telah mewujudkan jaringan dengan pelbagai rakan strategik dari badan bukan kerajaan (NGO).
Badan badan yang bersama GEMA termasuklah Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM); Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM); Dewan Perniagaan Dato' Dato' Malaysia (DPDDM) dan sebagainya.
Comments