top of page

Genosid: Hadap pemimpin Israel ke muka pengadilan, henti bantuan ketenteraan



Oleh: Akmal Manaf


Kaukus Palestin Parlimen Malaysia menuntut tindakan segera dan tegas dikenakan terhadap Israel susulan serangan terbaharu ke atas Gaza, yang menyaksikan sekurang-kurangnya 436 warga Palestin, termasuk 183 kanak-kanak telah dibunuh.


Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh menyifatkan tindakan berkenaan adalah satu pembantaian atau genosid terhadap rakyat Palestin, pekerja kemanusiaan, agensi dan pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Oleh itu beliau berkata, pihaknya menuntut agat tindakan tegas dikenakan seperti menamatkan semua bantuan ketenteraan kepada Israel kerana tiada negara sepatutnya membiayai jenayah perang.


''Masyarakat antarabangsa juga harus campur tangan bagi menamatkan kepungan ke atas Gaza. Bantuan seperti makanan, air dan perubatan mesti disalurkan tanpa halangan.


''Pelaku jenayah mesti dihadapkan ke muka pengadilan mengikut undang-undang antarabangsa.


''Kecaman sahaja tidak memadai. Sekarang adalah masanya untuk untuk bertindak dan dunia mesti menentang pembunuhan beramai-ramai ini serta berdiri bersama rakyat Palestin dalam perjuangan yang sah untuk kebebasan, keadilan, dan maruah mereka,'' seru beliau menerusi satu kenyataan.


Syed Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, kenyataan Perdana Menteri (PM) Israel, Benjamin Netanyahu, bahawa serangan itu 'hanyalah permulaan' membuktikan niat sebenar Israel iaitu bukan keamanan yang dicari, tetapi pemusnahan.


Beliau menyifatkan, serangan itu merupakan satu bentuk keganasan yang disokong oleh negara, dibiayai dan dilindungi sepenuhnya oleh sokongan ketenteraan serta diplomatik Amerika Syarikat (AS).


''Dengan membekalkan senjata, melindungi Israel daripada pertanggungjawaban dan membiarkan kepungan berterusan ke atas Gaza, AS secara langsung bersubahat dalam jenayah ini.


''Sekatan bantuan secara menyeluruh yang masih diteruskan oleh Israel, bersama dengan arahan baharu pengusiran secara paksa, merupakan hukuman kolektif membiarkan seluruh rakyat Palestin kebuluran sambil memaksa mereka meninggalkan kediaman.


''Hamas secara tepatnya menyifatkan serangan itu sebagai pengkhianatan terhadap gencatan senjata, dan tidak dapat disangkal lagi bahawa sokongan ketenteraan dan politik berterusan dari AS memungkinkan tindakan kejam Israel ini,'' tempelak beliau lagi.


Kelmarin, Israel bertindak melancarkan serangan udara paling dahsyat sejak gencatan senjata di Gaza bermula Januari lalu.


Serangan udara turut menyebabkan orang awam di Beit Hanoun, utara Gaza, dan kawasan timur Khan Younis di selatan melarikan diri dari rumah mereka.


Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 400 orang terkorban dalam serangan berkenaan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page