top of page

Generasi Madani perlu kuasai ilmu dan hadis - PM



Malaysia yang bergerak menjadi negara mahu di Asia Tenggara perlu menyeimbangkan antara ilmu duniawi dan ukhrawi.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dalam usaha negara memacu pertumbuhan ekonomi yang cemerlang pada sisi lain roh penghayatan Islam juga perlu dihidupkan.


Katanya, kemajuan, pembangunan dan kemampanan dalam negara, khususnya buat umat Islam mesti berteraskan nilai, keyakinan, jati diri, akidah dan akhlak.


"Sebab itu untuk menyemarakkan Islam, persiapannya, pencerahannya dan ilmu sangat penting.


"Kita mulakan mata pelajaran wajib bagi anak-anak Islam di semua sistem pendidikan negara untuk menelaah 40 hadis, terjemahannya dan syarahannya, tetapi kemuncak tentunya penguasaan ilmu dan hadis dan itu yang kita upayakan," katanya berucap pada Majlis Khatam Sama' Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 malam tadi, dipetik Bernama.


PM berkata, penganjuran Majlis Khatam Sama' Hadith Sahih Al-Bukhari yang diadakan di Putrajaya sejak beberapa hari lalu itu diharap akan meletakkan Malaysia sebagai negara yang menghidupkan roh Islam.


"Saya ingat lagi pesanan Al-Allamah Sheikh Abu Bakar, beliau pesan kepada saya apabila pegang jawatan sebagai Perdana Menteri, usahakanlah supaya ada majlis yang disebut Sama' Khatam Hadith Sahih Al-Bukhari setiap tahun.


"Tahun lepas kita mulakan dengan sederhana dan alhamdulillah tahun ini kita saksikan kejayaan membanggakan," katanya.


Majlis Sama' Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa kali ini telah bermula sejak 10 Nov lepas.


Majlis berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan At-Taibah dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).


Antara yang hadir dalam majlis perasmian malam tadi ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.


Manakala ulama terkenal yang turut menyemarakkan majlis ilmu itu ialah Mufti Besar India Sheikh Abu Bakar Ahmad al-Malibari, Sheikh Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar, Sheikh Ismoil Muhammad Sadiq dari Uzbekistan dan Prof Dr Sheikh Yusri Rushd Jabar Al-Hasani dari Mesir.


Program terbabit menerima penyertaan peserta dari dalam dan luar negara, seperti India, Arab Saudi, Mesir, Syria, Libya, Tunisia, Uzbekistan dan Indonesia.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page