top of page

Gencatan senjata: Malaysia, Jepun perlu segerakan bina rumah warga Palestin



Gencatan senjata antara Hamas dan Israel yang berkuat kuasa bermula hari ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan di Gaza, Palestin.


Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH, Raja Bahrin Shah berkata, antara keperluan mendesak penduduk Gaza selain makanan dan ubat ubatan, adalah perumahan.


Katanya, banyak kawasan penempatan telah dimusnahkan secara sistematis oleh Israel dengan menggunakan bom penghancur konkrit (bunker buster) perlu dibina semula untuk rakyat Palestin berlindung.


Perdana Menteri Malaysia pula, kata Raja Bahrin, mempunyai rangkaian politik bersama negara Islam dan negara maju yang boleh mempercepatkan bantuan ke arah pembinaan semula Gaza.


"Biro Antarabangsa AMANAH menyambut baik saranan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa Kerajaan Jepun mempercepatkan usaha pembangunan semula Gaza seperti yang telah dibincangkan baru-baru ini.


"Langkah ini amat tepat pada masanya, sesuai dengan situasi semasa, untuk membuat persiapan awal dan tindakan segera.


"Namun, adalah lebih baik jika Malaysia turut serta membantu usaha ini bersama Jepun. Sebagai negara yang lebih memahami selok-belok politik Palestin-Israel, Malaysia dapat menyumbang bukan sahaja kepada keperluan fizikal tetapi juga rohaniah rakyat Palestin.


"Kerjasama ini berpotensi menghasilkan impak jangka pendek dan panjang yang lebih efektif," katanya dalam kenyataan.


Dalam pada itu, kata Raja Bahrin, pemimpin Malaysia juga perlu memikirkan mengenai sejarah keingkaran Israel menghormati gencatan senjata.


Beliau menegaskan, kemungkinan pelanggaran gencatan senjata oleh Israel amat tinggi dan ianya memerlukan pelan kontingensi untuk perubahan lokasi perumahan secara pantas dan efisien.


Namun, katanya, keperluan sekarang adalah untuk memberi perlindungan kepada lebih 2 juta pelarian Palestin yang menghadapi musim sejuk.


"Keperluan mendesak untuk memberi perlindungan daripada cuaca sejuk dan hujan musim sejuk perlu disegerakan. Konsep fabrik bangunan serta struktur sementara yang dapat memenuhi keperluan ini harus diberi perhatian.


"Pada masa sama, sistem pembinaan pantas seperti konsep pasang siap wajar disediakan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan penghuni.


"Biro Antarabangsa AMANAH dengan hubungan rapat bersama NGO dan komuniti tempatan Palestin, serta kepakaran dalam bidang pembinaan, bersedia memainkan peranan penting untuk bekerjasama dengan pihak Jepun dalam melaksanakan inisiatif ini," katanya lagi.


Raja Bahrin berharap dengan usaha segera dan kerjasama strategik Malaysia dapat menyediakan keperluan asas perumahan di Gaza dengan lebih berkesan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page