top of page

Gencatan senjata Israel-Hamas dicabuli regim Zionis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 20
  • 2 min read

Serangan rejim zionis Israel mengorbankan petugas MAPIM di Gaza. Foto ihsan AP
Serangan rejim zionis Israel mengorbankan petugas MAPIM di Gaza. Foto ihsan AP

Oleh: Shahbudin Embun


ULASAN: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan dan kezaliman ke atas lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang maut dalam serangan udara di Beit Lahiya, utara Gaza, Sabtu lepas.


Kerajaan secara rasmi mengeluarkan bantahan keras terhadap keganasan berterusan, perbuatan zalim dan tindakan keganasan yang dilakukan tentera Zionis di bumi Palestin.


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga merakamkan ucapan takziah kepada lapan petugas MAPIM yang maut dalam serangan udara itu, dan beliau amat berdukacita dengan insiden kejam tersebut. Zahid menyifatkan pemergian mereka sebagai kehilangan besar bukan sahaja kepada MAPIM tetapi kepada seluruh umat yang memperjuangkan keadilan dan kemanusiaan.


Jenayah perang


Ketua Aktivis MAPIM, Datuk Ahmad Sani Araby Abdul Alim Araby juga mengutuk serangan itu sebagai satu jenayah perang yang kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Beliau menggesa agar rakyat Malaysia terus membacakan doa Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan saudara-saudara di Gaza.

Shahbudin Embun
Shahbudin Embun

MAPIM dan rakan strategiknya, Al-Khair Foundation sedang berusaha keras mendirikan lebih dari seribu khemah untuk menempatkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan berterusan rejim Zionis. Namun sekitar jam 1.30 tengah hari waktu tempatan, mereka telah diserang secara brutal dan menewaskan lapan petugas MAPIM.


Antara yang terkorban syahid ialah Mahmoud Yahya Al-Sarraj, Bilal Hossam Oqeila, Mahmud Samir Oselim, Mahmoud Khaled Oselim, Mohammed Al-Ghafeer, Hazem Ghareeb, Bilal Abu Matar dan Ahmad Hamad.


MAPIM turut menegaskan bahawa serangan terhadap petugas kemanusiaan ini adalah satu perlanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva yang melindungi penduduk awam di zon konflik.


Diambang kehancuran


Terkini gencatan senjata antara Hamas dan Israel diambang kehancuran apabila Israel melancarkan serangan ganas terhadap warga Gaza yang sedang menunggu makan sahur pada pagi selasa, kelmarin.


Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan seramai lebih 400 orang telah syahid dan lebih 500 orang tercedera serta masih ramai yang belum dapat dikesan di bawah timbunan runtuhan bangunan.


Menurut Sahabat Media Malaysia Palestin (SMMP), 73% daripada yang terkorban dalam pengeboman Israel ke atas Gaza semalam adalah wanita (89 orang), kanak-kanak (174 orang), warga emas (32 orang) dan lelaki (109 orang).


PMX juga merakamkan rasa dukacitanya kerana serangan Israel ini dibuat di bulan Ramadan yang mulia dan kesal terhadap pertahanan dunia yang sudah rosak apabila keganasan diizinkan.


Pihak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah terang terangan bukan saja menjadi dalang utama, malahan mereka telah mengisytihar perang terhadap bumi Palestin, Iran serta Yemen.


Apakah tindakan kita sebagai negara negara Islam seterusnya?


 

Penulis merupakan Pengerusi Biro Kepimpinan dan Pentadbiran Negara MPM

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page