top of page

Genap 5 tahun, Dewan Negeri Selangor dibubarkan



Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini dibubarkan setelah genap 5 tahun sejak sidang pertama DNS selepas Pilihan Raya Umum ke 14 pada 2018 lalu.


Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pagi tadi menghadap Sultan Selangor untuk pembubaran DNS secara rasminya yang dicadangkan pada 23 Jun ini.


"Menggalas tugas sebagai Dato' Menteri Besar Selangor, selaras dengan Perkara LV Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dibaca bersama Perkara LXX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya telah memohon menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bagi tujuan mohon perkenan Tuanku supaya Dewan Negeri Selangor ke-14 dibubarkan pada 23 Jun 2023.


"Hari ini, 19 Jun 2023, merupakan genapnya 5 tahun sejak pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor ditubuhkan serta ulang tahun ke-5 saya diberi amanah sebagai Dato' Menteri Besar Selangor, iaitu pada 19 Jun 2018," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut MB lagi, Sultan Selangor memberi perkenan pembubaran DNS pada pukul 10 pagi dengan menandatangani Proklamasi Pembubaran Dewan Negeri Selangor ke-14, selaras dengan peruntukan dalam Fasal (2) Perkara LXX, Bahagian Kedua, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.


Hal itu, kata MB, akan membolehkan Speaker Dewan Negeri Selangor untuk memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan kemudian memberi ruang kepada Pilihan Raya Negeri Selangor.


"Saya menjungjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj agar calon-calon Pilihan Raya Negeri Selangor tidak memainkan isu berkait dengan agama, perkauman, dan perkara sensitif yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan yang telah lama dibina dalam kalangan rakyat negeri Selangor.


"Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan juga menitahkan bahawa Baginda akan berangkat menunaikan fardu haji pada 20 Jun 2023.


"Patik mewakili sekalian rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan mendoakan agar DYMM Tuanku dianugerahkan haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan serta semoga Allah SWT terus menganugerahkan DYMM Tuanku keafiatan, keberkatan dan kesejahteraan," katanya lagi.


Dengan terbubarnya DNS Selangor, langkah seterusnya adalah persediaan PRN yang dijangka akan diadakan pada Julai atau selewat lewatnya Ogos ini.


Pakatan Harapan akan masuk PRN kali ini bersama sekutu baharunya Barisan Nasional dan pembahagian kerusi telah pun pada peringkat akhir, atau 95% selesai berdasarkan makluman terbaharu yang diberikan oleh MB Amirudin Shari kepada media.


* Kredit foto: Selangorkini

0 comments

Σχόλια


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page