top of page

Gelar Kerajaan Perpaduan dajal: Hj Hadi henti main sentimen agama



Oleh: Abdullah Zaid


Kenyataan Presiden Pas, Hj Hadi Awang menuduh dan menggelar musuh politik parti itu sebagai ‘lebih dajal daripada dajal’ adalah keterlaluan.


Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha Salahudin berkata, politik label melabel seperti itu tidak sepatutnya menjadi ikutan generasi muda kerana dibimbangi boleh memberi kesan perpecahan kepada perpaduan negara.


"Abdul Hadi perlu berhenti memainkan sentimen kaum dan agama serta tidak mempergunakan nama Islam untuk kepentingan politik, menghalalkan pembohongan yang dibuat oleh Pas hanya untuk mendapat simpati dan sokongan daripada rakyat.


"Berpolitiklah secara matang dengan hujah yang berfakta," kata Azha dalam satu kenyataan.


Terdahulu, Hadi menerusi media rasmi Pas menggelar gabungan Pakatan Harapan dan UMNO seumpama dajal. Malah beliau berulang kali menyatakan bahawa gabungan Perpaduan menggunakan politik wang untuk menyogok rakyat dan tindakan itu sama seperti dajal.


Bertentangan dengan dakwaan itu, kata Azha, sebaliknya yang terbukti merasuah pengundi dalam pilihanraya adalah pihak Pas yang telah dua kali kalah petisyen pilihanraya kerana dibuktikan di mahkamah bahawa agen kepada calon mereka merasuah pengundi.


Sehingga, katanya, terpaksa diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Kuala Terengganu dan Kemaman susulan kemenangan wakil rakyat Pas pada Pilihan Raya Umum 2022 dibatalkan.


"Hakikatnya tidak ada mana-mana kerusi yang disandang oleh Pakatan Harapan atau UMNO yang pernah terbatal akibat unsur rasuah seperti kerusi yang disandang oleh Pas," katanya lagi.


Dalam perkembangan berkaitan, Azha (gambar atas) pada kelmarin telah membuat laporan polis berhubung artikel pemimpin Pas itu yang disiarkan oleh lidah rasmi parti berkenaan.


Wakil AMK Wilayah Persekutuan itu dalam laporannya meminta pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut kerana artikel tersebut yang dibimbangi boleh menimbulkan kegusaran awam selain menyebarkan kebencian, hasutan dan perpecahan masyarakat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page