top of page

Gelar kafir harbi: Pemuda DAP Gua Musang buat laporan polis



Gelaran yang diungkapkan anggota Pas mentohmah bahawa DAP adalah 'kafir harbi' menerima padah apabila Pemuda Pakatan Harapan (Pemuda Harapan) semalam membuat laporan polis di IPD Gua Musang, Kelantan.


Menurut Ketua Pemuda DAP Gua Musang, Nor Amin Shafiq Ismail (gambar atas, memegang kertas), laporan tersebut dibuat susulan tohmahan yang dilemparkan ke atas komponen PH itu dalam ceramah Pas-Perikatan Nasional di Nenggiri baru baru ini.


Katanya dalam video rakaman ceramah yang tular itu, beliau mendapati seorang individu yang merupakan anggota Pas Bachok telah mendakwa DAP sebagai kafir harbi dan merancang menguasai Malaysia dengan bantuan sebahagian pemimpin UMNO.


"Kenyataan ini merupakan satu tindakan politik kafir mengkafir yang boleh merosakkan perpaduan dan mengancam keharmonian negara yang dibina atas dasar toleransi dan hormat-menghormati.


"Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan seperti ini adalah tidak bertanggungjawab dan berbahaya. la menggunakan agama sebagai alat politik, sesuatu yang dilarang dan tidak boleh diterima dalam masyarakat kita yang majmuk.


"Kenyataan ini juga berpotensi menimbulkan ketegangan dan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berlainan agama dan bangsa," katanya dalam satu kenyataan.


Pemuda Harapan Kelantan dan pusat turun membuat laporan polis

Justeru, Nor Amin dan pihak Pemuda Harapan meminta agar pihak polis menyiasat kenyataan berkenaan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan kesalahan menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, atau permusuhan atas alasan agama.


"Saya juga menyeru pihak polis untuk mengambil tindakan tegas bagi memastikan bahawa politik kebencian seperti ini tidak berleluasa.


"Saya menggesa semua pimpinan anak muda pelbagai parti untuk turut sama mengecam kenyataan ini dan membuat laporan polis agar tindakan undang-undang yang sewajarnya dapat diambil.


"Ini penting bagi memastikan prinsip perpaduan dan keharmonian dalam berpolitik dapat dipertahankan," katanya lagi.


Menurut Nor Amin, laporan itu dibuat dengan harapan agar tindakan segera dan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa untuk menangani isu kafir mengkafir demi menjaga keharmonian dan perpaduan negara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page