top of page

Garis panduan komprehensif bakal disediakan pantau 236,551 pokok di KL




Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah merekodkan sebanyak 236,551 batang pokok yang telah ditanam di seluruh ibu kota yang akan dipantau dari segi pengurusannya oleh sebuah jawatankuasa pasukan khas, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.


Beliau berkata, jawatankuasa pasukan khas yang ditubuhkan itu akan bekerjasama pelbagai agensi dalam aspek penyelidikan, pengetahuan, aplikasi teknologi dan kepakaran dalam bidang pengurusan pokok teduhan di bandar raya itu.


"Perkongsian maklumat dari keanggotaan jawatankuasa itu diharapkan dapat menghasilkan satu garis panduan yang lebih komprehensif serta mengambil amalan terbaik dari negara-negara lain dalam penyelenggaraan dan pengurusan pokok teduhan di Kuala Lumpur.


"Ia juga dapat membantu dalam perkongsian data bagi menambah baik sistem pemetaan e-pokok sedia ada di DBKL dalam merekodkan data inventori pokok, daftar pokok berusia, penanaman pokok baru dan kerja-kerja penyelenggaraan pokok," katanya dalam satu kenyataan.


Kenyataan itu dikeluarkan susulan Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Khas Pengurusan Pokok Berisiko di Kuala Lumpur yang pertama kelmarin.


Pasukan khas itu ditubuhkan ekoran insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur yang mengorbankan seorang mangsa selain merosakan sejumlah kenderaan pada Mei lalu.


Zaliha berkata, jawatankuasa pasukan khas itu juga meneroka konsep “pengangkatan pokok” dan potensi untuk menubuhkan satu tabung dana amanah kawasan hijau.


"(Ia) bagi menggalakkan perkongsian awam-swasta melalui pendekatan whole-of-nation bagi meningkatkan kompetensi landskap hijau di samping mengekalkan peratusan kawasan hijau di Kuala Lumpur sebagaimana disasarkan oleh Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040," kata beliau.


Zaliha berkata pasukan khas itu juga meneliti pelan penggantian pokok dengan memberi fokus kepada Program Penanaman 1 Juta Pokok di Kuala Lumpur dan memberi perhatian kepada faktor-faktor seperti spesies pokok, ruang penanaman pokok, kedalaman akar dan yang lainnya.


Mesyuarat itu melibatkan beberapa kluster keanggotaan termasuk ahli akademik dari Universiti Putra Malaysia, Institut of Landscape Architecs Malaysia (ILAM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), badan profesional seperti Persatuan Arboris Malaysia dan beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Landskap Negara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur.


"Keanggotaan juga akan diperluaskan kepada beberapa NGO aktivis alam sekitar," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page