top of page

Garis panduan hadiri majlis bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat kepada muslim



Isu pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam boleh diselesaikan secara baik dengan mengambil kira keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.


Hal itu ditegaskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri hari ini.


Menurut kenyataan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan, bagi umat Islam maka Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memberi nasihat dan panduan berhubung hal itu namun satu pertemuan bersama jawatankuasa pelbagai agama perlu dilakukan dalam masa terdekat.


"Mesyuarat telah meneliti mengenai kekeliruan berkaitan cadangan tersebut. Perkara ini berbangkit susulan beberapa pertanyaan daripada umat Islam tentang jemputan ke majlis anjuran masyarakat bukan Islam yang mungkin melibatkan

unsur-unsur keagamaan.


"Bagi memberi panduan kepada umat Islam, JAKIM telah mengambil inisiatif membangunkan garis panduan tersebut.


"Mengambil kira bahawa perkara ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama, Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa JAKIM boleh memberikan nasihat kepada orang Islam berkaitan keperluan menjaga akidah umat Islam berhubung perkara ini, namun nasihat tersebut tidak bersifat dasar.


"Jemaah Menteri juga mengingatkan bahawa setiap dasar yang dirangka perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional serta mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu," katanya.


Dalam masa sama menurut kenyataan itu, Kementerian Perpaduan Negara akan terus menyemarakkan pelaksanaan Dialog Harmoni bagi memperkukuhkan keharmonian dan menggalakkan interaksi antara penganut pelbagai agama di negara ini.


Perbincangan yang inklusif dengan mengambil kira sensitiviti semua pihak, jelas kenyataan itu, amat penting dalam membina kesepaduan nasional.


Oleh itu, segala perkara berkait rapat dengan keharmonian antara penganut agama akan dibincangkan secara lanjut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) yang dipengerusikan bersama. Mesyuarat Jawatankuasa HARMONI Bil 1/2025 yang dijadualkan pada bulan ini akan mendengar segala pandangan ahli ahli yang terdiri daripada 24 wakil penganut agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh, Tao, Baha’i dan sebagainya.


"Malaysia sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian telah lama menjadi contoh perpaduan dan keharmonian kepada dunia.


"Kerajaan MADANI menyedari bahawa kestabilan negara bergantung kepada kesejahteraan rakyat yang hidup dalam suasana yang aman dan harmoni," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page