top of page

Gangguan global Microsoft: Malaysia perlu SOP, pelan B pada masa hadapan



Gangguan global sistem operasi Microsoft Windows menyebabkan kekacauan meluas, dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) paling terjejas, mengakibatkan kesesakan di lapangan terbang dan memerlukan Malaysia menyediakan pelan alternatif sistem pengoperasian pada masa hadapan.


Menurut Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan, Goh Kah Yong, institusi-institusi yang berkaitan di Malaysia seharusnya belajar daripada insiden ini untuk mengelakkan kejadian serupa berulang.

Goh Kah Yong

"Gangguan sistem operasi Windows adalah di luar kawalan, tetapi institusi-institusi di Malaysia harus mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang mantap untuk bertindak balas terhadap krisis dengan berkesan.


"Insiden ini menunjukkan risiko apabila kita bergantung kepada satu sistem sahaja. Kerajaan dan institusi utama harus mempertimbangkan sama ada untuk bergantung sepenuhnya kepada satu sistem, atau mewajibkan setiap institusi mempunyai sistem alternatif atau sandaran untuk kecemasan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Timbalan Ketua AMK Setiawangsa itu turut mencadangkan kerajaan mengambil beberapa langkah bagi mencegah kejadian serupa berulang, termasuk menilai kepelbagaian sistem, memastikan semua institusi utama mempunyai pelan kontingensi dan memperkukuh kerjasama dengan syarikat keselamatan siber bagi mengemas kini sistem serta tampalan kelemahan secara berkala.


Katanya, pelan kecemasan yang terperinci penting untuk memulihkan operasi dengan cepat apabila berlaku gangguan sistem secara mendadak.


"Keyakinan pelabur asing perlu dibina dengan perlindungan (sistem operasi) dan pembangunan infrastruktur.


"Ini bukan sahaja untuk menghadapi kecemasan tetapi juga meningkatkan daya saing antarabangsa kita, menarik lebih banyak pelabur asing serta memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan," katanya.


Kelmarin berlaku gangguan global pada sistem Microsoft yang menyebabkan peranti Windows terjejas oleh kemas kini perisian yang menyebabkan gangguan meluas di seluruh dunia


Gangguan antaranya menjejaskan bursa saham, restoran makanan segera, syarikat pengangkutan dan juga syarikat penerbangan.


Mereka yang terjejas berdepan dengan situasi Blue Screen of Death (BSOD), di mana sistem operasi Windows pada peranti menjadi lumpuh dan skrin menjadi biru.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page