Gaji penjawat awam dinaikkan lebih 13% - PM
- Suara Keadilan
- May 1, 2024
- 1 min read

Kerajaan Madani setuju untuk menaikkan gaji penjawat awam Malaysia melebihi 13% pada tahun ini.
Hal itu diumumkan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam ucapannya sempena Hari Pekerja di Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 bertema 'Pekerja Kesuma Bangsa' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Menurut beliau, kenaikan gaji lebih 13% yang merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara itu akan berkuatkuasa mulai 1 Disember depan.
"Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini adalah 13% dan tahun ini, saya akan mengumumkan kenaikan lebih tinggi daripada 13%," katanya.
Tambah beliau, kenaikan gaji itu akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion berikutan jumlahnya yang besar dan agak lumayan.
"Ini adalah kenaikan paling baik dalam negara. Kita juga akan meneliti dari segi kewangan dan bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih (daripada sepatutnya)," katanya lagi.
Comments