top of page

Gaji minimum RM1,700: TNB syarikat kerajaan pertama sahut seruan



Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik langkah Tenaga Nasional Berhad (TNB) menaikkan penetapan kadar gaji minimum kakitangannya kepada RM1,700 sekali gus menjadikan ia sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama yang berbuat demikian.


Perdana Menteri berkata pengurusan tertinggi syarikat utiliti negara itu juga bersetuju meluluskan kenaikan gaji kepada seluruh kakitangannya.


"Saya semasa pembentangan Belanjawan 2025 tempoh hari, barisan Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi TNB telah bersetuju untuk menjadi GLC pertama yang menyahut seruan kerajaan untuk menaikkan kadar gaji minimum anggota kerja TNB.


"Dengan ini, bukan sahaja TNB akan menaikkan gaji minimum, malahan barisan Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi TNB telah turut meluluskan kenaikan gaji dan pendapatan bagi seluruh warga kerja TNB," katanya dipetik Bernama ketika berucap dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-75 TNB di Pusat Konvensyen Leo Moggie di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.


Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kenaikan gaji dan pendapatan itu haruslah selaras dengan kenaikan dedikasi dan prestasi anggota kerja TNB untuk terus menjadi pemangkin utama bagi pembangunan dan kemajuan negara.


"Saya tidak nilai kejayaan TNB semata-mata dari keuntungan (tetapi juga) beroperasi dengan efisyen dan jaga kebajikan anak buah, kerana sesebuah organisasi dan syarikat tidak berjaya tanpa usaha dan komitmen warga kerja di semua peringkat," katanya.


Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.


Sementara itu, Anwar berkata selain mempunyai sejarah tersendiri dalam industri elektrik negara, TNB telah memainkan peranan dalam memastikan Malaysia terkehadapan dalam bidang peralihan tenaga dan sentiasa bersedia melakukan anjakan sesuai peredaran zaman.


Anwar turut memaklumkan beliau akan menyempurnakan pelancaran projek tenaga terapung di Tasik Kenyir di Terengganu, hasil kerjasama TNB dan Petronas pada bulan hadapan.


Dalam pada itu, Perdana Menteri mahu TNB segera mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan arang batu dan mesti beralih kepada tenaga baharu sejajar dengan tuntutan dunia dalam mendepani fenomena perubahan iklim.


"TNB perlu segera melakukan peralihan (tenaga) ini, membuat persiapan untuk terus merangka melalui penyelidikan supaya peralihan tenaga berjalan dengan rapi dan berkesan," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page