top of page

Gaji minimum RM1,700: PMKS tunggu penggulungan Kementerian Kewangan



Oleh: Akmal Manaf


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil meminta pihak yang berkaitan dengan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) atau SME agar menunggu sebarang keputusan ketika sesi penggulungan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dalam perbahasan Belanjawan 2025.


Sebelum ini, Persatuan mewakili PMKS menzahirkan kebimbangan berhubung pengumuman pelaksanaan gaji minimum yang lebih tinggi dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja asing, yang akan memberi peningkatan mendadak dalam kos operasi syarikat perniagaan.


Menurut Fahmi, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengambil maklum mengenai pandangan-pandangan tersebut.


''Ada dibincangkan (dalam mesyuarat Jemaah Menteri) hari ini tentang beberapa aspek termasuk pandangan SME dan juga beberapa lagi syarikat yang mengusahakan ladang.


''PM telah dimaklumkan mengenai pandangan-pandangan itu dan sudah pasti beliau akan mengambil kira (pendapat tersebut).


''Kita tunggu sebarang keputusan sewaktu penggulungan oleh pihak MOF nanti,'' ujarnya yang juga Menteri Komunikasi.


Menerusi Belanjawan 2025 yang dibentangkan pada 18 Oktober lalu, Anwar mengumumkan kadar gaji minimum akan dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Februari tahun depan.


Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum KWSP dan cadangan tersebut akan dilaksanakan secara berfasa.


Bagaimanapun, beberapa pihak dalam sektor industri perniagaan mendesak kerajaan mengkaji semula dasar gaji minimum RM1,700 dan caruman KWSP kepada pekerja asing yang disifatkan boleh memberi bebanan kos kepada syarikat perniagaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page