top of page

Gaji minimum RM1,700 berpatutan berdasarkan kos sara hidup



Oleh: Akmal Manaf


Kenaikan gaji minimum berkuat kuasa pada Februari 2025 kepada RM1,700 berbanding RM1,500 pada waktu ini merupakan langkah terbaik untuk menangani kos sara hidup dalam kalangan pekerja bawahan.


Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN Malaysia, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata kadar tersebut diumumkan dalam Belanjawan 2025 setelah dilakukan pelbagai kajian dan pertimbangan melibatkan pekerja serta majikan.


Beliau dalam pada itu menolak kritikan pembangkang yang mahukan gaji minimum dinaikkan sehingga RM2,000 sebulan.

Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid

"Kepada yang menyatakan kadar RM2,000 itu, orang yang pening sahaja yang cakap jumlah berkenaan (RM2,000).


"Dia kena faham, apabila gaji minimum RM1,700, yang seterusnya akan dianjak.. Jadi anjakan itu kalau dia (majikan) tak berkeupayaan, dia kena melaporkan kepada kerajaan dan kerajaan akan membantu, antaranya daripada segi percukaian. Itu memang sudah terpakai secara automatik.


"Jadi untuk tiba-tiba nak letak gaji minimum RM2,000, angka itu sebenarnya tidak munasabah,'' katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan pihak pembangkang bahawa gaji minimum sepatutnya ditetapkan pada kadar RM2,000 sebulan.


Pada 18 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu membentangkan Belanjawan 2025 mengumumkan, kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 bermula Februari tahun depan.


Ditanya tentang Dasar Gaji Progresif yang sepatutnya dipertimbangkan pembangkang dalam mempersoalkan polisi gaji minimum Abdullah berkata polisi itu sewajarnya diambil kira kerana tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.


Katanya, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihak swasta digalakkan memberi gaji minimum RM3,000 sekiranya mendapat keuntungan tinggi.


"Sekiranya kemampuan itu ada, ianya digalakkan. Apabila kita bercakap tentang gaji progresif, kita juga perlu melihat kepada kemampuan pekerja itu menerusi penilaian pekerja (produktiviti).


"Penilaian kerja mesti dipandu oleh lima mekanisme iaitu pertama senioriti, kedua (pendidikan), ketiga (ketepatan), keempat (kompleksiti) dan yang terakhir melibatkan terma dan syarat," kata beliau yang juga Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.


Untuk rekod, pembangkang baru baru ini mempersoalkan kenaikan gaji minimum sektor swasta yang diumum dalam Belanjawan 2025 yang tidak sama dengan gaji minimum dan elaun sektor awam sekitar RM2,000.


Bagaimanapun, kritikan pembangkang itu tanpa mengambil kira elaun di sektor swasta dan sengaja melupakan realiti terdapat perniagaan mikro atau sederhana pada waktu ini yang kurang mampu untuk membayar gaji RM2,000 sebulan.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page