top of page

Gaji minimum: Kementerian KUSKOP bantu PMKS dari segi latihan - Ramanan



Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengambil maklum mengenai isu gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 yang dikatakan memberi kesan terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).


Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Seri R Ramanan berkata, agensi di bawah kementerian itu seperti SME Corp, SME Bank, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional sememangnya memainkan peranan penting.


Katanya, terdapat program keusahawanan yang sedang dijalankan termasuk program latihan yang sedang dilaksanakan INSKEN.


''Sebagai contoh salah satu daripada program yang dijalankan adalah program geran yang diberikan menerusi SME Bank melalui Program Pembangunan Kapasiti Vendor (PPKV).


''Kalau kita lihat tahun sebelum ini, yang diberikan geran adalah sebanyak RM5 juta, tetapi bagi tahun ini ada kenaikan kepada RM7 juta melalui SME Corp.


''Program Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP) yang dijalankan adalah berbentuk geran dan sebanyak RM55 juta disediakan,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab pertanyaan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) berkaitan kesan peningkatan gaji minimum yang turut melibatkan usahawan PMKS.


Roslan ingin tahu adakah kementerian mempunyai perancangan lain untuk membantu PMKS terus berdaya saing tanpa membuang pekerja akibat peningkatan kos operasi walaupun kerajaan memberi penangguhan selama enam bulan bagi PMKS yang mempunyai pekerja kurang daripada lima orang.


Menurut Ramanan lagi, INSKEN turut memberikan bantuan latihan seperti bagaimana mereka menjaga kos daripada segi kewangan, overhead dan sebagainya,


Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan memantau perkembangan terbaharu selepas skim pembayaran gaji minimum itu dikuatkuasakan Februari tahun depan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page