top of page

Gagal urus ekonomi T'ganu, rakyat jangan ulangi menangkan Pas 32 - 0



Kegagalan Kerajaan Negeri Terengganu merancakkan ekonomi dan memberi keselesaan hidup kepada rakyatnya adalah akibat kesilapan rakyat negeri itu sendiri dalam memberi kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri pada Ogos 2023 lalu.


Menurut Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, akibat keputusan 'lagenda' Pas menang 32 - 0 itulah maka DUN Terengganu tiada pembangkang dan tiada siapa yang mampu menyemak imbang pentadbiran kerajaan.


"Kita mengesa rakyat Terengganu membuka mata terhadap segala ketidak mampuan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar Dr Samsuri untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri.

Ahmad Nadhir Yob
Ahmad Nadhir Yob

"Buat masa sekarang sudah hampir memasuki 7 tahun namun pertumbuhan ekonomi langsung tidak kelihatan. Ini menyebabkan rakyat merana oleh kerana ketidak cekapan pentadbiran Pas," katanya dalam kenyataan.


Bagi Ahmad Nadhir, pemimpin Pas tidak mempunyai kewibawaan dan kebijaksanaan dalam mentadbir walaupun telah dua penggal berkuasa.


Katanya, tidak sepatutnya pemimpin pembangkang bising kerajaan pusat kononnya tidak membayar royalti petroleum sedangkan sejak 2018 negeri itu telah menerima RM1 bilion wang ihsan setahun, bermakna RM7 bilion sejak tujuh tahun lalu.


Katanya, jika keadaan tidak berubah maka 20 tahun lagi pun rakyat Terengganu masih akan mendengar keluhan yang sama daripada pihak pemimpin Pas.


"Oleh itu rakyat Terengganu diminta membuka mata dan jangan ulangi kesilapan beri semua DUN kepada Pas akibat dari permainan fitnah, sentimen perkauman dan agama," katanya lagi.


Sejak kebelakangan ini pemimpin Pas Terengganu sering menyalahkan kerajaan pusat menyekat bayaran royalti sehingga mereka gagal mentadbir dengan lebih baik.


Sedangkan Kerajaan Negeri sendiri gagal meningkatkan hasil sebagaimana Pahang, jirannya yang pernah kekurangan hasil pada satu ketika tetapi kini mempunyai hasil RM1 bilion setahun, biarpun tidak menerima 'royalti' petroleum seperti Terengganu.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page