top of page

Gagal ambil kerajaan kerana pertahankan prinsip Reformasi institusi - Wan Ji


Kegagalan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran dari Perikatan Nasional atau menubuhkan kerajaan mandat rakyat minggu lalu tidak boleh disalahkan kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau pemimpin tertentu dalam gabungan itu.


Bagi pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussein, kegagalan tersebut perlu dilihat dari sudut rundingan yang tidak berjaya dengan Umno kerana PH mempertahankan prinsip menolak tuntutan kleptokrat.


"Dengan Umno tidak salah berunding. Asalnya kita mahu capai kemenangan tetapi dalam mencapai itu kita tidak boleh menggadaikan prinsip.


"Orang nak jadi PM berdasarkan bilangan majoriti dari bilangan Ahli Parlimen. Kalau seseorang itu mendapat suara majoriti maka dia dikira PM, kalau sebaliknya maka tidak melayakkan jawatan PM.


"Dalam hal ini, Anwar telah berusaha sebagai pengerusi PH tetapi usaha dia mesti tidak menggadaikan prinsip. Itu asas dia.


"Maka nak dapat suara majoriti nak bincang dengan siapa? Tun Mahathir dan Shafie Apdal. Pada peringkat awal dua tokoh ini semacam menyokong PH. Begitu juga nak dapat majoriti meyakinkan, kita kena berunding dengan Umno.


"Jika berunding dengan Umno kita minta tidak lakukan benda yang salah, kerana mereka kleptokrat (yang menjatuhkan kerajaan Mahiaddin). Kamu boleh sokong aku tetapi aku tidak bebaskan dari kes mahkamah. Itu namanya prinsip.


"Kalau sekiranya berunding lepas aku jadi PM, kamu letak syarat bebaskan, maka akan bebaskan dari kes mahkamah maka yang itu tak ada prinsip.


"Jadi ini yang kita nampak berlaku kepada Anwar baru-baru ini. Nak buat macam mana Umno dah letak calon dia untuk PM. Dalam kes pertahan prinsip, tak kan nak salahkan Anwar?" tanyanya dalam forum maya bertajuk: "PH Kecundang lagi, Wajarkah PKR Dipersalahkan?" .


Menurut Wan Ji lagi, golongan yang membuat bising dalam PH kerana kegagalan mendapatkan kembali kerajaan mungkin yang mempunyai kepentingan sekiranya kerajaan PH wujud semula. Bagi yang berjuang untuk reformasi sistem, katanya, mereka kelihatan tenang sahaja.


Mengulas mengenai pencalonan Tun Mahathir atau Shafie Apdal sebagai PM, Wan Ji tidak melihat kedua-dua nama besar politik itu sesuai dicalonkan.


Katanya, Shafie tidak membuktikan beliau disokong oleh ahli politik Sabah atau Sarawak selain gabungan Warisan-Upko. Begitu juga Tun Mahathir yang dilihat gagal sebagai PM selama 22 bulan.


"Tentang Shafie dia sendiri pun gagal dapat sokongan di Borneo. Macam mana kita nak letak nama dia sebagai calon? Tun pula kenapa nak timbulkan nama dia sebagai calon PM PH? Apakah mereka tidak nampak Tun terbukti gagal semasa mentadbir 22 bulan? Dia sendiri rosakkan imej PH dengan berkata manifesto bukan kitab suci.


"Dia buat kenyataan Melayu malas. Hasil kenyataan itu membangkitkan perkauman dalam kerajaan PH.


"Dia juga gagal mengurus hal perkauman dalam 22 bulan. Kita maklum gaya politik Tun dari dulu adalah perkauman. Bila dia tak mampu lawan idea, dia akan main isu agama atau kaum. Tun ini dia akan berubah selama mana dia tak dapat, bila dapat, dia akan kembali kepada sifat asal," katanya lagi.


0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page