Pelantikan Senator Fuziah Salleh sebagai Setiausaha Agung KEADILAN hari ini mencipta sejarah baharu sebagai wanita pertama dilantik ke jawatan tersebut sepanjang sejarah penubuhan parti.
Menurut Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Juwairiya Zulkifli, pelantikan oleh Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diumumkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat petang tadi itu merupakan satu penghormatan kepada Wanita KEADILAN.
"Beliau juga merupakan wanita pertama yang menjawat jawatan tersebut selama KEADILAN ditubuhkan.
"Berbekalkan pengalaman luas beliau sebelum ini sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Pengarah Biro Latihan Pusat serta antara pimpinan awal reformis yang menubuhkan parti, sudah pasti memberikan kelebihan kepada beliau dalam urusan pentadbiran parti
"Wanita KEADILAN berasa bangga dengan pencapaian parti dan pengumuman yang mengangkat dan mengiktiraf peranan wanita dalam kepimpinan parti," kata Juwairiya dalam kenyataan.
Beliau yang juga Setiausaha Sekretariat Pejabat Presiden KEADILAN berharap pelantikan Fuziah Salleh mampu melonjakkan lagi aktivisme reformasi dan peranan parti dalam mengangkat martabat rakyat.
Commentaires