top of page

Fuziah SUA, satu lagi pengiktirafan buat Wanita KEADILAN



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Setelah beberapa lantikan wanita dilakukan oleh Perdana Menteri untuk menerajui agensi penting Kerajaan Persekutuan sebelum ini seperti Ketua Pengarah Jabatan Kastam dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kini atas kapasiti sebagai Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan di dalam parti pula.


Paling menarik perubahan pentadbiran demi memperkasakan KEADILAN ini menyaksikan pelantikan Senator Fuziah Salleh selaku Setiausaha Agung yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Dengan pelantikan itu, Senator Fuziah menjadi wanita pertama memegang jawatan Setiausaha Agung sejak KEADILAN ditubuhkan pada 1999.


Pastinya peranan baharu Fuziah ini juga sebagai satu lagi pengiktirafan kepada Wanita KEADILAN Pusat yang amat manis serta mencatat sejarah baharu kepada sayap wanita parti.


Perlu disebut di sini bahawa Saifuddin yang melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung selepas ini akan menumpukan usaha sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, anggota Biro Politik KEADILAN dan ahli Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.


Pelantikan Fuziah merupakan sebahagian usaha Anwar menyusun parti bagi memantapkan lagi gerak kerja menghadapi pelbagai cabaran mendatang, khususnya Pilihan Raya Umum ke-16.


Pengalaman luas dalam politik


Berdasarkan pengalaman luas Fuziah dalam politik, khasnya KEADILAN selama ini, lantikan tersebut adalah amat tepat dan diyakini mampu memberi nilai tambah yang berkesan kepada perjuangan dan masa hadapan parti.

Noraini Nordin

Berikutan memikul tugas baru yang lebih mencabar, Fuziah melepaskan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang yang digantikan oleh Rizal Jamin.


Lantikan lain yang dilakukan KEADILAN meletakkan Mohamad Hairul Amir Sabri sebagai Pengerusi MPN Perak bagi menggantikan Chang Lih Kang, manakala Mohd Azlan Helmi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MPN Perak.


KEADILAN turut menubuhkan entiti baharu, Jawatankuasa Pengurusan dengan Saifuddin sebagai Penasihat dan dianggotai oleh Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar; Setiausaha Agung, Fuziah Salleh; Bendahari Agung, William Leong; Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Muhammad Kamil Munim dan Timbalan Ketua Wanita, Juwairiya Zulkifli.


Tahniah kepada semua pimpinan yang telah dilantik. Selamat menjalankan tugas dengan gigih serta tabah.


Semoga KEADILAN terus cemerlang dengan gerak kerja yang mantap serta berkesan untuk terus mempertahankan Kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim.

_____________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page