top of page

Fuziah SUA: Kepimpinan wanita memperkasa KEADILAN



Pelantikan Senator Fuziah Salleh sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat yang baharu menunjukkan komitmen Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus memperkasa dan memartabatkan kepimpinan wanita dalam hierarki parti.


Menurut Exco Wanita KEADILAN Pusat, J Karen Kasturi, pelantikan Fuziah bukan sahaja melakar satu sejarah dalam KEADILAN kerana pertama kali mendapat Setiausaha Agung seorang wanita tetapi juga akan meningkatkan kepelbagaian gender (gender diversity) di peringkat tinggi parti sekaligus mengurangkan ketaksamaan gender dalam organisasi.


"Di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar, melalui Kerajaan Perpaduan banyak wanita telah diangkat dan diperkasa untuk menerajui Kementerian, antaranya Fadhlina Sidek sebagai Menteri Pendidikan Wanita pertama, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Nancy Shukri, Dr Zaliha Mustafa dan Hannah Yeoh.


"Juga buat julung kalinya di Malaysia, seorang wanita India diangkat sebagai Timbalan Menteri di bawah kepimpinannya, iaitu Senator Saraswathy sebagai Timbalan Menteri PerpaduanNegara.


"Baru-baru ini pelantikan Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif merupakan wanita pertama dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur turut membuktikan Datuk Seri Anwar amat komited dalam mengangkat agenda pemerkasaan kepimpinan wanita di Malaysia.


"Syabas dan tahniah kepada Senator Fuziah Salleh di atas pelantikan sebagai Setiausaha Agung KEADILAN. Pelantikan beliau akan menjadi inspirasi kepada ramai wanita, khususnya wanita muda dalam arena politik," kata Kasturi dalam kenyataan.


Beliau berharap dengan pengalaman luas Fuziah dalam arena politik akan mampu memperkukuhkan pentadbiran dan agenda pemerkasaan parti selaras dengan aspirasi Presiden KEADILAN.


Di samping itu, katanya, mantan Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula perlu diberikan penghargaan tertinggi kerana khidmat beliau mengemudi parti, terutama pada detik detik hitam pengkhianatan Langkah Sheraton pada 2020 lalu.


"Penghargaan tidak terhingga kepada Datuk Seri Saifuddin Nasution di atas jasa dan bakti beliau kepada parti dan kepimpinan Wanita KEADILAN sepanjang perjawatannya sebagai Setiausaha Agung," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page