top of page

Fuziah Setiausaha Agung baharu KEADILAN, MPP fokus perkukuh struktur parti



Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini melakukan rombakan kecil dengan melantik Senator Fuziah Salleh sebagai Setiausaha Agung parti yang baharu.


Menurut Naib Presiden KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN petang tadi yang memutuskan untuk menyusun semula beberapa jawatan penting bagi memantapkan gerak kerja parti.


"Saudara Saifuddin Nasution Ismail akan menumpukan usaha beliau sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, anggota Biro Politik KEADILAN serta ahli Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan. Beliau melepaskan jawatan Setiausaha Agung.


"Saudari Fuziah Salleh menggantikan Saifuddin sebagai Setiausaha Agung parti.


"Sementara itu, Saudari Fuziah yang telah berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang akan digantikan dengan Saudara Rizal Jamin," katanya dalam kenyataan petang tadi.


Perubahan juga, kata Nik Nazmi, melibatkan negeri Perak apabila Naib Presiden Chang Lih Kang melepaskan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan digantikan oleh Mohamad Hairul Amir Sabri.


Manakala Mohd Azlan Helmi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MPN Perak.


"MPP juga menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dengan Saudara Saifuddin sebagai penasihat dan dianggotai oleh Naib Presiden Saudari Nurul Izzah Anwar; Setiausaha Agung Saudari Fuziah Salleh; Bendahari Agung Saudara William Leong; Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Muhammad Kamil Munim dan Timbalan Ketua Wanita Juwairiya

Zulkifli.


"Kesemua lantikan ini berkuat kuasa serta merta." katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page