top of page

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang



Oleh: Azuan Ab Rahman


Mantan Ahli Parlimen Kuantan, Senator Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang yang baharu.


Pelantikan itu bagi menggantikan Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Saari yang memegang jawatan itu sejak tahun 2022 diputuskan pada mesyuarat pimpinan negeri diadakan pada Isnin lalu.


"Mesyuarat merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada Datuk Seri Amirudin Saari sebagai mantan Pengerusi PH Pahang di atas segala usaha, komitmen dan kesungguhan beliau yang menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah negara, PH membentuk kerajaan bersama Barisan Nasional (BN)," kata Fuziah melalui satu kenyataan media.


Fuziah yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang dalam kenyataan sama turut menyatakan komitmennya untuk mengukuhkan gabungan di negeri tersebut.


Sementara itu Fuziah menegaskan, PH Pahang bersepakat untuk mendukung persefahaman bersama yang telah ditandatangani dan akan terus memperkukuhkan Kerajaan Negeri selaras dengan dasar perpaduan dan muafakat dalam perkongsian kuasa bersama.


"Sesungguhnya pembentukan kerajaan Pahang hari ini adalah hasil sumbangan kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu


"Mesyuarat turut memutuskan agar lebih ramai pendokong PH mesti dilibatkan ke dalam struktur akar umbi Kerajaan Perpaduan Pahang dalam membentuk keutuhan kerjasama terutama sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 kelak," katanya lagi.


Dalam perkembangan berkaitan, Fuziah memaklumkan mesyuarat mengambil pendirian untuk menzahirkan sokongan sepenuhnya kepada Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page