top of page

Fuziah bela nasib wanita, kanak-kanak Palestin dihargai badan antarabangsa



Oleh: Abdullah Zaid


Badan pertubuhan antarabangsa Global Women's Coalition for Al Quds and Palestine merakamkan penghargaan kepada Yayasan MADANI yang dipengerusikan Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh atas inisiatif pemberian kit kebersihan wanita kepada rakyat Palestin.


Menerusi satu kenyataan, badan kemanusiaan itu menzahirkan penghargaan kepada Fuziah atas inisiatif beliau, "Women to Women & Women for Women Initiative" (W2W:W4W) yang dilancarkan pada Persidangan Kepimpinan Wanita Antarabangsa: Menyokong Wanita dan Kanak-Kanak Palestin pada 13 Mei lalu di Qatar.

Pohon zaitun atas nama Fuziah ditanam

Inisiatif itu antara lain adalah kit kebersihan wanita dan anak gadis Gaza yang ketika ini berdepan dengan konflik keganasan yang dicetuskan Israel.


"Untuk menghargai usaha Fuziah Salleh membawa suara wanita dan kanak-kanak Palestin, kami menanam pokok zaitun di bumi Palestin menggunakan nama beliau, moga ia akan terus kekal hidup sebagaimana usaha-usaha murni yang beliau lakukan.


"Semoga kerjasama membela nasib wanita dan kanak-kanak Palestin terus berkekalan. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan," kata kenyataan itu.


Untuk rekod, projek W2W:W4W diuruskan dari awal hingga akhir oleh Yayasan MADANI. Projek tersebut merupakan inisiatif berbentuk beg "pouch" kebersihan wanita untuk kegunaan kaum hawa terutama ketika haid.


Antara kandungan kit kebersihan berkenaan ialah tuala wanita yang dibuat daripada kain kapas lembut yang boleh dibasuh serta sabun khas selain barang-barang keperluan kebersihan lain.


Setakat ini, Yayasan MADANI mensasarkan pemberian sekurang-kurangnya 100,000 ribu kit kebersihan wanita kepada rakyat Palestin.


"Kami rancang untuk menghantar pad pencuci boleh pakai ini ke Doha, Qatar sebagai sampel, dan kami harap tindakan susulan boleh dihantar ke perkhemahan Rafah (kem pelarian) wanita dan kanak-kanak di Gaza," kata Fuziah dalam satu petikan klip video yang menyentuh penderitaan wanita dan kanak kanak Palestin sejak Israel menggempur Gaza pada Oktober 2023.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page