top of page

Fungsi AKPS tidak bertindih tugasan agensi sempadan lain



Menteri Dalam Negeri memberi jaminan tiada pertindihan tugas antara Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dengan agensi keselamatan sempadan yang lain.


Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melalui sidang media majlis peluncuran AKPS di Anjung Tinjau, KLIA 1 di Sepang pada Ahad beliau berkata, fungsi utama setiap agensi seperti Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan dikekalkan.


"Sebagai contoh, APMM bertanggungjawab ke atas kawasan maritim seluas 590,000 km termasuk menangani isu penyeludupan, perikanan haram dan keselamatan laut manakala AKPS pula akan memantau pergerakan keluar masuk di pintu sempadan negara.


"Konsep ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana sebelum ini, model yang sama telah berjaya dilaksanakan dalam penubuhan ESSCOM (Eastern Sabah Security Command) serta APMM yang berasal daripada gabungan pelbagai agensi penguatkuasaan maritim," katanya dipetik.


Majilis pelancaran disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.


AKPS ditubuhkan secara rasmi selepas pewartaan Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (Akta 860) pada 17 Oktober 2024 dan diterajui oleh Datuk Seri Hazani Ghazali sebagai Ketua Pengarahnya yang pertama.


Sementara itu Saifuddin memberitahu, AKPS akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.


"Bagi fasa awal operasi, KPS akan berfungsi di 19 pintu masuk utama daripada jumlah keseluruhan 141 pintu masuk rasmi negara.


"Data yang dikumpulkan dari fasa pertama ini akan menentukan langkah seterusnya dalam pengembangan operasi AKPS," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page