top of page

Forum Ekonomi Malaysia jelaskan hala tuju ekonomi sepanjang 2025 - Rafizi



Forum Ekonomi Malaysia (FEM) yang dianjurkan pada hari ini dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan persidangan awal tahun yang mahu memberi naratif ekonomi negara berada dalam keadaan memberansangkan.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, forum berkenaan yang turut membariskan Menteri Kabinet dan kapten industri serta pakar ekonomi akan menjelaskan hala tuju sebenar ekonomi Malaysia kepada pelabur tempatan dan antarabangsa.


"Ekonomi Malaysia tumbuh baik dalam tahun 2024. Saya yakin bila angka rasmi dimuktamadkan bulan depan, Malaysia akan mencatat antara prestasi ekonomi terbaik di rantau ini bagi 2024.


"Sebahagian penyumbang kepada prestasi ini adalah kerana pelabur dan industri yang menerima baik perancangan ekonomi negara diungkapkan melalui Kerangka Ekonomi Madani," katanya di Facebook.


Menurut beliau forum tersebut akan menekankan tumpuan negara kepada ekonomi yang berasaskan peralihan tenaga bersih, menjadi pemain semikonduktor utama dunia dan menerajui ekonomi digital.


Hal itu, katanya telah diterima baik oleh masyarakat pelabur dunia, yang diterjemahkan kepada pelaburan asing yang diumumkan sepanjang 2024. Maka ianya akan diteruskan pada 2025.


"Namun, pelabur antarabangsa dan dalam negara akan terus memantau prestasi pelaksanaan Kerangka Ekonomi Madani.


"Mereka ingin tahu bagaimana kita akan menyediakan bakat-bakat berkemahiran tinggi yang diperlukan di masa hadapan?


"Bagaimana kita akan menangani cabaran fiskal negara, agar kita konsisten mengurangkan defisit dan hutang negara? Apa rancangan kita untuk melonjakkan kepakaran teknologi kita?


"Apa keutamaan reformasi pendidikan untuk memenuhi kebangkitan ekonomi Malaysia mutakhir ini?


"Sebab itu, usaha untuk meyakinkan pelabur antarabangsa dan dalam negara perlu dilakukan terus secara menyeluruh," ujarnya.


Oleh itu, kata beliau, Kementerian Ekonomi menetapkan supaya dicetuskan tradisi baru, iaitu setiap tahun perlulah dimulakan dengan sebuah forum peringkat tertinggi mengenai naratif ekonomi negara yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri.


"Langkah ini akan meyakinkan pelabur antarabangsa dan dalam negara bahawa dasar-dasar ekonomi negara ada kesinambungan dan dirancang dengan teliti mengambil kira peranan sektor-sektor lain seperti pendidikan, sumber manusia, teknologi, hubungan antarabangsa, perdagangan dan pelaburan, keselamatan dan lain-lain." kata Rafizi lagi.

0 comments

Komentarze


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page