top of page

Flashmob Perpaduan di bandar Batang Kali acara penghujung kempen



Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) sampai ke penghujugnya petang dan malam ini.


Sebagai acara diambang penutup kempen, jentera Kerajaan Perpaduan mengadakan flashmob di simpang menuju ke Bandar Utama Batang Kali.


Flashmob yang mengumpulkan jentera KEADILAN, AMANAH dan DAP itu turut disertai Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman dan Ahli Parlimen Sepamg, Datuk Raj Munni @ Aiman Athirah Sabu.


Bagi Aiman yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, satu pesanan yang mereka mahu sampaikan kepada penduduk Batang Kali dan KKB adalah untuk keluar beramai ramai mengundi pada esok hari.

Aiman Athirah

"Kepada pengundi Kuala Kubu Bharu undilah calon no 2. Keluar beramai ramai awal pagi, jangan tunggu petang," katanya.


Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya dalam kenyataannya petang tadi berkata, seramai 39,268 pengundi bakal membuat penentuan bagi memilih wakil rakyat baharu dalam PRK esok.


Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata sebanyak 18 pusat mengundi melibatkan 74 saluran akan dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang bagi proses pengundian itu.


"Seramai 760 orang petugas akan bertugas bagi proses pengundian ini nanti. Sebanyak 18 pusat Mengundi dan 74 saluran akan dibuka untuk tujuan pengundian di mana seramai 39,269 orang bakal mengundi di PRK ini," katanya dalam kenyataan.


Ikmalrudin berkata pengundi dinasihatkan agar tidak mengundi pada saat-saat akhir sebaliknya digalakkan mengikut masa keluar mengundi pada aplikasi MySPR Semak.


"Pengundi juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada kerani pengundian di saluran bagi memudahkan semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page