top of page

Fitnah Timb Menteri: AMANAH Wilayah Persekutuan buat laporan polis



Fitnah ke atas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang juga Ketua Wanita AMANAH Nasional, Datuk Aiman Athirah Sabu kononnya mempromosi arak dalam satu majlis kutipan derma yang dihadirinya ditindak dengan laporan polis.


Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Wilayah Persekutuan, Mejar (B) Razali Zakaria, fitnah yang ditujukan kepada Aiman Athirah itu tidak sewajarnya berterusan dan tidak ditarik balik memandangkan pihak timbalan menteri telahpun membuat penjelasan mengenai perkara tersebut.


"Laporan polis (hari ini dilakukan) terhadap pemilik akaun FB yang memfitnah Datuk Aiman Athirah Sabu


"Saya Mejar (B) Razali Zakaria selaku Pengarah Biro Komunikasi AMANAH Wilayah Persekutuan semasa saya berada di kompleks Sogo saya telah terbaca di FB dua posting yang telah dimuatnaik di status (akaun) Azam Yusof dan Sabri Mamat," katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, tengah hari tadi.


Menurut Razali, dua akaun FB berkenaan telah mencemar nama baik Timbalan Menteri Datuk Aiman Athirah dengan teruk.


Katanya, pemilik akaun FB berkenaan sengaja memaparkan gambar Aiman bersebelahan tin minuman keras dan meletak kapsyen yang bertujuan mempersenda Ketua Wanita AMANAH itu.


"Paparan berkenaan bertentangan Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 dan 5 Akta Fitnah 1957 yang berniat menjatuhkan reputasi YB Menteri.


"Selain itu ia juga kenyataan palsu yang bersangkutan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan niat menyakitkan hati dan memfitnah Datuk Aiman Athirah.


"Memandangkan Datuk seorang pimpinan AMANAH yang berlandaskan Islam, Ketua Wanita AMANAH, Ketua Wanita Pakatan Harapan dan Ahli Parlimen Sepang serta Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tuduhan fitnah itu amat berat serta menjatuhkan reputasi beliau," katanya.


Sehubungan itu, Razali meminta pihak polis menjalankan siasatan ke atas pemilik akaun FB berkenaan di bawah Seksyen 499, Akta Fitnah dan Akta Komunikasi dan Multimedia.


Pada Jumaat lalu media melaporkan, Aiman Athirah yang juga Ketua Angkatan Wanita AMANAH memberi penjelasan berkaitan kehadirannya pada satu majlis kutipan dana sekolah di kawasan Sepang.


Katanya, sebagai tetamu yang diundang, beliau tidak diberitahu oleh penganjur berkaitan senarai penyumbang sehingga tiba di lokasi program, yang turut dihadiri sebuah syarikat pengeluar minuman keras.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page