top of page

Fitnah terhadap PM: PH Selangor buat laporan polis



Pakatan Harapan (PH) Selangor membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin pembangkang di negeri itu yang didakwa memfitnah Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Pengerusinya, Azli Yusof menegaskan, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya fitnah tersebut yang menyatakan Perdana Menteri menyokong aktiviti atau perilaku yang menderhakai Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.


".... yang lebih mengecewakan kita, hantaran ini dibuat selang sehari selepas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap cubaan membunuh karakter yang semakin berleluasa," kata Ahli Parlimen Shah Alam itu dipetik.


Beliau sebelumnya ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Sabtu.


Difahamkan, laporan polis berhubung hantaran di media sosial yang mendakwa Anwar menyokong aktivis KEADILAN, Iswardy Morni yang disabitkan kesalahan hasutan dan menghina Yang-di Pertuan Agong pada 30 Dis lalu.


Laporan itu bagi menuntut pihak berkuasa, khususnya polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk melakukan siasatan forensik menyeluruh ke atas akaun media sosial individu terbabit bagi mengenal pasti dalang sebenar yang menyebarkan fitnah berkenaan.


Sementara itu Azli menyeru semua pihak, terutamanya pemimpin politik perlu memastikan sebarang kenyataan atau maklumat yang dikeluarkan adalah berdasarkan fakta yang sahih.


"Kita daripada PH ingin mendidik rakyat untuk menyuburkan budaya Rahmah, budaya untuk kita bekerjasama membina negara dan bukan budaya fitnah serta budaya adu domba yang akhirnya akan memporak-perandakan negara," tegasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page