top of page

Fitnah RM100 juta: NGO buat laporan polis gesa YB Viral disiasat



Oleh: Abdullah Zaid


Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat hari ini membuat laporan polis berhubung tuduhan provokasi pempengaruh Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa kerajaan merasuah RM100 juta dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.


Wakilnya, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, pempengaruh Aidil Yunus atau lebih dikenali sebagai YB Viral dalam satu klip video Tiktok telah membuat tuduhan berkenaan.


"Kami membuat laporan polis terhadap Aidil Yunus atau YB Viral kerana menfitnah Kerajaan Madani merasuah RM100 juta semasa PRK Kuala Kubu Bharu.


"Tuduhan itu dibuat tanpa sebarang bukti mahupun saksi dibuat dengan niat untuk menjatuh reputasi Perdana Menteri Malaysia," katanya sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, hari ini.


Justeru, sekretariat itu menggesa pihak berkuasa membuat siasatan berhubung tuduhan berkenaan yang jelas bertentangan dengan akta sedia ada.


"Tindakan ini suatu fitnah dan cubaan menghasut saya minta polis untuk ambil tindakan kerana ia sangat berbahaya bertentangan dengan Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 dan 5 Akta Fitnah 1957 yang berniat jahat untuk jatuhkan reputasi kerajaan.


"Oleh itu, kami telah membuat laporan polis untuk menjalankan pemilik akaun berkenaan yang dinyatakan berdasarkan akta yang disebutkan tadi," ujarnya lagi.

Mustapa Mansur Amer Mohd Isa

Selain itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM), Mustapa Mansur Amer Mohd Isa mengingatkan pempengaruh pembangkang agar tidak menjadi fitnah dan hasutan sebagai medan kempen utama.


Hal itu, katanya perbuatan tersebut boleh memberi kesan kepada perpaduan masyarakat sekali gus menjejaskan ekonomi negara.


"Ada (pempengaruh PN) yang cari makan dengan fitnah. Lagi banyak buat fitnah maka lagi kaya dan senang lenang hidupnya. Jadi kita kena hentikan kerana tetapi tanpa politik yang stabil pelabur tidak akan datang.


"Selain itu, ada sebahagian mereka juga adalah kawan-kawan, justeru saya minta mereka untuk kembali ke pangkal jalan dan membina negara ini bersama-sama. Negara ini perlukan kebangkitan baharu jadi kenapa mereka hendak membuang masa?," soalnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page