top of page

Fitnah PM sokong kenyataan Iswardy: Sekpur buat laporan polis



Oleh: Akmal Manaf


Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur) hari ini membuat satu laporan polis berhubung dua hantaran di media sosial yang memfitnah Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Timbalan Pengerusi Sekpur, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi itu melibatkan dua individu iaitu Dr Zamri Mantop dan seorang lagi individu bernama Aiman Zaki.


Razali berkata, bermula daripada Facebook Dr Zamri, pihaknya mendapati fitnah telah dilontarkan kepada Anwar dengan menyatakan bahawa Ahli Parlimen Tambun itu menyokong solidariti bersama aktivis KEADILAN, Iswardy Morni.


"Maknanya dalam gambar dan kata-kata (di Facebook) sangat jelas menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim menyokong Iswardy Morni yang sekarang didapati bersalah dan menunggu hukuman.


"Tapi tidak sepatutnya mengatakan Anwar menyokong (Iswardy). Ini satu kenyataan yang sememangnya palsu," katanya ketika ditemui pemberita selepas laporan polis dibuat.


Turut hadir, Pengerusi Sekpur, Mustapa Mansur Amer Mohd Isa dan Naib Pengerusinya, Shahbudin Embon.


Menurut Mustapa, Sekpur akan terus memantau kegiatan pemfitnah sama ada melalui media sosial atau apa sahaja saluran media yang digunakan.

 Pengerusi Sekpur, Mustapa Mansur Amer Mohd Isa

"Kami membuat laporan polis kerana mempunyai misi yang jelas iaitu kita tidak mahu negara ini tenggelam dengan fitnah dan rakyat membuat pemilihan dalam PRU akan datang hasil daripada fitnah.


"Fitnah tidak pernah mengubah apa-apa.. tidak pernah meningkatkan ekonomi, sosial, budaya dan lain-lain.


"Bahkan fitnah telah mengubah pandangan rakyat dari satu tahap yang tinggi kepada tahap yang rendah," katanya.


Shahbudin pula menyifatkan, fitnah yang dilemparkan kepada Anwar adalah sesuatu yang serius.


Naib Pengerusi Sekpur, Shahbudin Embon

"Saya lihat pemimpin-pemimpin pembangkang dan juga para penyokong media sosial pembangkang begitu suka dan menjadikan ia sebagai budaya memfitnah, melemparkan tohmahan dan tuduhan yang tidak berasas.


"Namun pada akhirnya, mereka akan membuat permohonan maaf terbuka dalam media sosial," tempelak beliau.



0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page