top of page

Fitnah PM: Pemimpin Pemuda Pas ketandusan idea berpolitik?



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN Wilayah Persekutuan menyelar tuduhan Ketua Pemuda Pas yang cuba mengaitkan dakwaan liwat terhadap pemimpin negara pada Muktamar Tahunan parti itu, baru-baru ini


Menyifatkan sebagai biadab dan tidak bertanggungjawab, ketua penerangannya, Muhammad Azha Salahudin berkata, wakil pemuda Pas terbabit sepatutnya menggunakan kedudukannya untuk menjadi contoh tauladan kepada anak-anak muda selain menunjukkan sikap matang dalam berpolitik.


"Sebagai seorang ketua pemuda dalam sayap parti politik yang mengaku sebagai pejuang Islam, beliau seharusnya menunjukkan sikap kematangan dalam berpolitik dengan membincangkan tentang dasar dan idealisme untuk membangunkan negara.

"Tetapi, tindakan ketua pemuda Pas itu telah ketandusan idea untuk menarik sokongan rakyat sehingga terpaksa menjadikan dakwaan liwat sebagai modal politik lapuk yang terbukti merupakan satu tuduhan jahat dan fitnah," katanya dalam satu kenyataan.


Malah, kata Azha, Ahli Parlimen Alor Setar seharusnya ingat bahawa Presiden Pas, Hj Hadi Awang pernah menerbitkan sebuah buku ‘Qazaf Mangsa Fitnah’ untuk membela tuduhan liwat yang dikenakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Pas yang mengaku sebagai parti yang memperjuangkan Islam seharusnya menunjukkan akhlak baik sebagai seorang umat Islam dengan membuktikan Islam mampu menjadi tunjang kepada pembangunan dan kemajuan negara.


"Oleh itu, (pemimpin) Pas perlu berhenti mempergunakan dan menunggang nama Islam sebagai modal politik murahan hanya untuk kepentingan sendiri sehingga sanggup menghalalkan perbuatan yang haram dan menjejaskan imej kesucian Islam," ujarnya lagi.


Terdahulu, tular menerusi klip video ucapan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyentuh kepimpinan Kerajaan Madani.


Menerusi video tersebut, wakil pemuda Pas itu mendakwa partinya lebih layak menerajui negara memandangkan blok pembangkang itu dikatakan tidak disabit dengan apa-apa tuduhan.


"Kami bukan penjenayah macam kamu yang ada 47 kes, kami bukan bekas banduan yang dijatuhkan hukuman meliwat orang," katanya dipetik.


Dakwaan pemimpin Pas itu sekali gus menimbulkan reaksi pelbagai pihak yang menggesa perbuatan mencaci pemimpin negara wajar dikenakan tindakan undang-undang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page