top of page

Fitnah PM: MCMC diminta siasat video disunting



Oleh: Akmal Manaf


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta meneliti dan membuat siasatan terhadap rakaman video yang telah disunting melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tindakan selanjutnya.


Perkara tersebut disahkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil bahawa rakaman video bersama CNN kononnya Anwar menyokong ‘kewujudan Israel’ itu, telah disunting pihak tertentu.


''Bagi saya puak-puak yang menyunting ini, apa yang kerajaan buat, mereka tidak akan pernah gembira.


''Namun, apa yang penting adalah kita memperjuangkan masa depan yang lebih baik untuk Palestin,'' katanya.


Beliau menjelaskan isu berkenaan pada sidang media mingguan pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.


Menurut Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), pihaknya tidak pernah menghalang rakan-rakan media untuk membuat laporan tentang rakaman video yang tular itu.


Namun, beliau berpesan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam melayan sebarang spekulasi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page