top of page

Bloomberg: Serah kepada Peguam Negara, tindakan perundangan diteliti



Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan ke atas portal berita antarabangsa, Bloomberg selepas agensi berita itu mendakwa wujud campur tangan Perdana Menteri dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Anwar berkata, beliau menyerahkan perkara berkenaan kepada Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh untuk mengambil tindakan yang bersesuaian.


Katanya, setakat ini tindakan perundangan sedang diteliti kerana pihak polis telah menerima laporan dan mengambil beberapa tindakan termasuk kepada wakil Bloomberg dan individu-individu berkaitan.


"SPRM sendiri sudah membuat kenyataan tegas dan menafikan tomahan itu kerana apa yang berlaku hanyalah arahan umum yang saya lakukan termasuk di Parlimen, bahawa saya mahu SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), PDRM dan badan-badan penguatkuasa bertindak tegas memerangi rasuah secara tegas tanpa tolak ansur.


"Ini arahan yang diberikan, tetapi tidak membabitkan kes-kes khusus kerana SPRM seperti Jabatan Peguam Negara perlu bertindak secara bebas dan telus tanpa rasa takut.


"Apakah akan ada tindakan? Tindakan itu tunggu laporan daripada PDRM dan jika terdapat kesalahan yang nyata, itu keputusan Peguam Negara untuk mendakwa," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Anwar berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta beliau menyatakan adakah kerajaan bersedia mengambil tindakan perundangan terhadap Bloomberg.


Pada 26 September lalu, sebuah portal tempatan memetik Bloomberg melaporkan dakwaan Anwar mengarahkan SPRM untuk tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya bernama Datuk Farhash Wafa Salvador.


Mengulas tentang hubungannya dengan portal berita berkenaan, Anwar menyifatkan, kerajaan menghormati prinsip media bebas.


"Kalau ada fitnah, kita saman atau PDRM mengambil tindakan khusus tentang itu, tetapi itu bukan makananya kita harus mengharamkan atau membatalkan semua acara dengan Bloomberg.


''Bagi saya prinsip berkenaan harus terpakai kepada semua,” katanya seperti dilapor sebelum.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page