top of page

Filem "Memoir Seorang Guru" menusuk kalbu, angkat perjuangan pendidik



Filem 'Memoir Seorang Guru' yang diterbitkan menggunakan Dana Kandungan Digital (DKD) merupakan karya yang cukup meninggalkan kesan kepada penonton, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


Beliau yang berkesempatan menonton filem itu berkata, naskhah tersebut mampu menarik ramai khalayak kerana ia mengangkat perjuangan seorang guru dalam mendidik anak bangsa.


"Ia merupakan filem yang diusahakan menggunakan Dana Kandungan Digital (DKD)...ia sangat menusuk kalbu dan mengingatkan kita peri pentingnya seorang guru kepada pembinaan insan," katanya menambah filem tersebut akan ditayangkan bermula 30 Mei ini, di 80 pawagam seluruh negara.


Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya petang semalam.


Filem Memoir Seorang Guru yang diadaptasi daripada karya novelis terkenal Allahyarham Azizi Abdullah, menampilkan beberapa pelakon tersohor antaranya Datuk Rosyam Nor sebagai teraju utama, serta pelakon Ellie Suriaty, Zul Huzaimy, Nabila Huda, Johan Asa’ri dan Trisha Ooi.


'Memoir Seorang Guru' merupakan antara filem yang dihasilkan melalui inisiatif Dana Kandungan Digital (DKD) bagi kategori Dana First Time Amature Filmmaker (FAME) yang disalurkan oleh Kementerian Komunikasi melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page